MENGGERAKKAN MALAYSIA BERSAMA: POS MALAYSIA RUN 2026 KEMBALI LEBIH BESAR, SASAR 10,000 PESERTA
Pos Malaysia Run kembali menggegarkan Kuala Lumpur dengan edisi ketiga pada 29 November 2026, bertempat di lokasi ikonik Dataran Merdeka. Dianjurkan oleh Pos Malaysia, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, acara ini bukan sekadar larian tetapi sebuah gerakan komuniti yang menyatukan gaya hidup sihat, kelestarian dan semangat kebersamaan.
Sejak penganjuran kali pertamanya pada 2024, Pos Malaysia Run berkembang pesat sebagai platform yang menggabungkan pergerakan dengan tujuan, diinspirasikan oleh perjalanan harian Pos Wira yang sentiasa bergerak menghubungkan komuniti di seluruh negara. Dengan momentum kukuh dan penyertaan lebih 7,000 peserta pada 2025, edisi kali ini menyasarkan 10,000 peserta – menjadikannya antara acara gaya hidup paling inklusif dalam kalendar sukan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, menegaskan bahawa larian ini mencerminkan identiti sebenar Pos Malaysia: menghubungkan komuniti dan memastikan Malaysia terus bergerak. Beliau menambah, komitmen terhadap kecekapan dan kelestarian turut diterjemahkan melalui usaha membangunkan armada penghantaran elektrik terbesar di Malaysia menjelang 2030, selaras dengan prestasi penghantaran bungkusan yang mencapai 92% pada tahun lalu.
Dengan tema ceria “Jom Laju For Fun!”, Pos Malaysia Run 2026 mengalu-alukan semua peringkat umur untuk menikmati pengalaman larian bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang laluan, peserta akan dihiburkan dengan permainan dan aktiviti interaktif, sambil berlari menyusuri mercu tanda ikonik bandar.
Kategori & Pendaftaran
Tahun ini memperkenalkan kategori baharu 21km Terbuka (18–39 tahun), selain 10km Terbuka dan Veteran (40 tahun ke atas), serta larian santai 5.5km untuk individu atau kumpulan. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,800 menanti pemenang kategori kompetitif. Yuran penyertaan bermula daripada RM68 hingga RM118, dengan tawaran Super Early Bird sehingga 31 Mei 2026 melalui Race Roster.
Manfaat Peserta
Semua peserta akan menerima pek larian lengkap termasuk t-shirt rasmi, nombor bib, pingat penamat, sijil digital dan perlindungan insurans. Peserta 21km turut menerima tuala penamat eksklusif, manakala lima peserta teratas kategori kompetitif berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai. Tahun ini juga memperkenalkan pakej barangan premium bertema Pos Malaysia, termasuk stoking eksklusif, kipas mini mudah alih, beg tote dan charm akrilik sebagai kenangan.
Kerjasama & Komuniti
Pos Malaysia menjemput organisasi untuk turut serta sebagai rakan kerjasama dengan pakej penajaan antara RM10,000 hingga RM200,000. Lebih daripada sekadar acara sukan, Pos Malaysia Run adalah gerakan komuniti yang meraikan semangat kebersamaan, menjadikan Dataran Merdeka bukan hanya titik permulaan larian tetapi simbol perjalanan bersama.
Sertai larian 5km, 10km atau 21km – secara individu atau bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja. Malaysia bergerak lebih baik apabila kita bergerak bersama. Pendaftaran kini dibuka. Jom Laju For Fun!
Maklumat lanjut di www.pos.com.my atau ikuti Pos Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment