ASTRO MENYAMBUT TAHUN BAHARU DENGAN HITS NOW SERTA TONTONAN PERCUMA UNTUK 6 SALURAN


Astro teruja untuk menyambut tahun baharu dengan buah tangan terakhir yang luar biasa pada tahun ini untuk semua pelanggannya. Nikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. Mulai 1 Januari 2023, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Cipta kenangan terindah bersama keluarga anda dengan “HITS NOW” yang akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024. Pelancaran ini tepat pada masanya untuk anda dan orang tersayang dalam menyaksikan senarai pelakon A-list dan pencipta yang berinspirasi dalam mencipta sejarah ketika siaran LANGSUNG Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari 2024. Saluran ini akan menyiarkan drama yang popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan yang menarik dan banyak lagi, termasuk America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2023, semua pelanggan Astro boleh menikmati filem blockbuster terbaharu di HBO Hits, ketawa bersama yang tersayang dengan telatah komedi di HBO Family, mulakan pengembaraan pendidikan yang ditawarkan di Moonbug, tonton kandungan kegemaran Korea di K-Plus serta gabungan kandungan kegemaran semasa dan klasik abadi di Showcase bagi mereka yang mempunyai cita rasa yang unik.

1) HBO Hits (Saluran 415): Peminat tegar filem boleh selami diri mereka dengan hits blockbuster sepanjang masa. Saksikan Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik.

2) HBO Family (Saluran 414): Cipta kenangan terindah anda bersama keluarga dengan HBO Family yang menawarkan persekitaran tontonan yang menarik dan mesra keluarga. Nikmati program seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie bersama-sama.

3) Showcase (Saluran 413): Disusun pilih untuk para penonton Malaysia, Showcase mempersembahkan gabungan kandungan kegemaran semasa serta yang abadi. Tahun Baharu ini, selami keajaiban filem dengan kandungan istimewa, blockbuster dan kegemaran keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

4) K-Plus (Saluran 396) : Destinasi utama hiburan Korea yang menampilkan siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup. Terokai yang terbaik dari Hallyu dengan Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge, sesuai untuk seisi keluarga.

5) Moonbug (Saluran 618): Tonton rancangan prasekolah di Moonbug, termasuk kegemaran seperti Blippi dan CoComelon. Menyanyi, ketawa dan belajar dengan anak-anak anda dalam dunia Moonbug yang menarik.

Raikan Saat-saat Bermakna Bersama Keluarga dengan Astro

Astro berbesar hati untuk memperkenalkan kempen terbaharu kami yang berkisarkan slogan “Masa Bersama Merapatkan Kita,” mempamerkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang. Dalam meneruskan dedikasi kami untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, kami telah melancarkan inisiatif ini untuk menggalakkan para pelanggan meluangkan masa yang bermakna bersama keluarga dengan Astro, menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana:

Marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%* bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.

*Diskaun 30% dikenakan untuk langganan dengan pendaftaran audo-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.


Comments

Popular posts from this blog

VAKSIN DENGGI QDENGA® TAKEDA DILANCARKAN DI MALAYSIA BAGI KEGUNAAN INDIVIDU BERUSIA 4 TAHUN DAN KE ATAS

BOOST BANK MELANCARKAN APLIKASI BANK DIGITAL ‘EMBEDDED’ DENGAN RASMI KEPADA RAKYAT MALAYSIA