SEPUTAR PROMOSI FILEM 'THE GOLD FINGER' BERSAMA PELAKON LEGENDA, TONY LEUNG DI KUALA LUMPUR


Tiga sekawan “THE GOLDFINGER” yang terdiri daripada pelakon legenda Tony Leung, pengarah merangkap penulis Felix Chong dan penerbit Ronald Wong telah diterbangkan ke Malaysia baru-baru ini untuk mempromosikan filem blockbuster aksi jenayah tersebut. 

Mereka telah hadir ke majlis sidang media dan wawancara yang diadakan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Selain Tony Leung, filem ini menampilkan pelakon-pelakon handalan Hong Kong seperti Andy Lau, Charlene Choi, Simon Yam, Alex Fong, Philip Keung, Chin Ka Lok, Carlos Chan, Catherine Chau, Michael Ning dan Tai Bo. 


Pelakon legenda Tony Leung

Penerbit Ronald Wong

Pengarah merangkap Penulis Felix Chong

Filem ini juga menyaksikan gandingan semula Tony Leung dan Andy Lau yang pertama sejak Infernal Affairs, 21 tahun yang lalu pada tahun 2002. Namun dalam filem ini, peranan antagonis diberikan kepada Tony yang memainkan watak seorang jutawan yang korup.  



Filem ini berdasarkan kes penipuan kewangan sebenar di Hong Kong yang mengejutkan dunia pada tahun 1980-an. Ia mengisahkan kebangkitan sebuah konglomerat gergasi Carmen Enterprises dan pahit getir pengerusinya Ching Yat Yin (Tony Leung) apabila disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) yang diketuai oleh Ketua Penyiasat Kanan Lau Kai Yuen (Andy Lau) atas pembabitannya dalam kes pembunuhan dan kehilangan wang berbilion-bilion.

Pengarah, Felix Chong juga diraikan dalam sambutan hari jadinya dalam majlis yang sama.


Ketiga-tiga mereka turut menyerikan acara permaidani merah tayangan perdana "THE GOLDFINGER" yang diadakan di The Exchange TRX. Para peminat berpusu-pusu untuk merebut tempat yang terbaik di permaidani merah sepanjang 300 meter untuk pelakon kesayangan mereka. 


Ketiga-tiga mereka yang tiba dengan barisan kenderaan mewah tajaan Cycle & Carriage.








Mereka kemudiannya beredar ke Teater Aurum di The Exchange TRX untuk gala tayangan perdana. 


THE GOLDFINGER bakal ditayangkan mulai 30 Disember di Malaysia.

“THE GOLDFINGER” diedarkan oleh GSC Movies dan disokong oleh rakan kongsi radio MY & MELODY, rakan kongsi kereta rasmi Cycle & Carriage, lokasi rasmi ialah Aurum Theatre, The Exchange TRX, serta hotel rasmi The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti


Kredit Foto:
Sidang media: Billy Liau
Malam Gala: Victor Chong


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!