PERSATUAN KEBAJIKAN MARRYBROWN BERKONGSI KECERIAAN DENGAN MAJLIS SAMBUTAN AKHIR TAHUN


Persatuan Kebajikan Marrybrown (Marrybrown Charities Association) telah menutup tirai tahun 2023 dengan penuh bermakna. Majlis sambutan yang diadakan untuk tiga rumah anak yatim dengan seramai 80 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Rumah Juara, Rumah Ozanam PJ, dan House of Joy, membuktikan komitmen Persatuan Kebajikan Marrybrown dalam memberikan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat.

Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis tersebut iaitu Yang Berhormat Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat dan bersama-sama ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Marrybrown. Kemuncak majlis tersebut menampilkan acara penyerahan cek replika kepada setiap rumah anak yatim oleh Dato' Joshua Liew dan YB Lee Chean Chung, sebagai tanda dedikasi berterusan dari Marrybrown untuk mengutamakan kebajikan komuniti dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Marrybrown menghargai kuasa komuniti dan kepentingan untuk masyarakat. Majlis ini bukan hanya sekadar perayaan; ia juga merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukan. Kami berhasrat untuk berkongsi kegembiraan ini dengan mencipta kenangan indah sambil menyumbang ke arah masa depan yang lebih cerah untuk mereka,” kata Dato’ Joshua Liew, yang merangkum semangat dan tujuan di sebalik acara yang luar biasa ini.

Bagi membuktikan komitmen mereka, Persatuan Kebajikan Marrybrown telah menyumbang RM2,000 kepada setiap rumah anak yatim sebagai tanda sokongan dalam meningkatkan kesejahteraan anak-anak yatim. Bukan sekadar bantuan kewangan, ia juga melambangkan dedikasi Marrybrown untuk memenuhi tanggungjawab sosial mereka.

Dato' Joshua Liew menyampaikan kata-kata penghargaan dengan kenyataannya, “Kami benar-benar berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada YB Lee Chean Chung dan pihak yang berkenaan bagi menghadiri majlis yang penuh bermakna ini. Marrybrown sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mereka yang mahu membantu golongan yang memerlukan. Kerjasama kali ini telah berjaya memberi kesan positif kepada kehidupan anak-anak yatim dengan mencipta kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

Bagi menambahkan keceriaan, Marrybrown telah menampilkan maskot Marrybrown untuk menghiburkan kanak-kanak, mengaturkan acara permainan, dan menyerahkan topi parti dan barangan mainan yang lain. Untuk memeriahkan lagi suasana, majlis tersebut juga dihiasi dengan dekorasi belon Marrybrown yang menarik.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Marrybrown, Persatuan Kebajikan Marrybrown, Aplikasi MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Comments

Popular posts from this blog

TIKTOK PERKASA IBU BAPA, SATUKAN SUARA KEIBUBAPAAN DI ERA DIGITAL

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

MENANG BESAR DI KEMPEN "GOLDEN TICKET' DI ALAMANDA PUTRAJAYA