THE CURVE BAWAKAN KECERIAAN KRISMAS DI ‘JOLLY CHRISTMAS CARNIVAL’


Marilah melangkah ke dunia pesona perayaan Krismas di pusat beli-belah the Curve yang bersedia untuk mengalu-alukan kehadiran anda dengan 'Jolly Christmas Karnival’. Mulai sekarang hingga 1 Januari 2024, ruang Centre Court diubah menjadi Karnival Krismas yang meriah

Selain daripada hiasan Krismas yang cantik dan menarik perhatian, anda juga bakal terpesona dengan pelbagai permainan karnival yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik. Anda juga boleh mendapatkan barangan persiapan menyambut hari Krismas dengan mengunjungi bazar Krismas yang menampilkan reruai dari Lovely Lace, Lyns Cottage, dan banyak lagi.


Acara Krismas tidak lengkap penampilan Santa Claus dan Santarina. Anda juga pasti terhibur dengan persembahan muzikal, tarian kanak-kanak, bengkel, lukisan muka, dan banyak lagi aktiviti dan promosi yang disediakan di The Curve.

Kepada mereka yang berbelanja lebih daripada RM350 dalam dua resit di The Curve, pastikan anda menebus hadiah edisi terhad - sebuah botol air panas eksklusif.  Sebagai bonus perayaan, tiga pembelanja tertinggi juga akan berpeluang memenangi set mikrofon JBL, setiap satu bernilai RM2,500.


Sempena Krismas, The Curve juga menyantuni para penghuni Rumah Hope Petaling Jaya dengan memberikan sumbangan barangan runcit, hadiah, dan hidangan Krismas yang lazat di restoran Padi. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.thecurve.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL