'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024


Death Whisperer' - filem seram Thai yang diadaptasi daripada "urban legend" popular bakal ditayangkan di Malaysia mulai 4 Januari 2024. Filem ini merupakan filem Thai yang PERTAMA dipancarkan dalam format IMAX with Laser, menggabungkan imej 4K Laser yang jelas dan sistem bunyi IMAX yang canggih. Ia mengangkat keseraman ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman sinema yang imersif, terutamanya yang telah di-re-mastered menggunakan teknologi DMR (Digital Re-Mastering).


Filem ini terlah meraih THB475 juta (MYR64 juta) dalam kutipan box office di Thailand dan merupakan filem paling laris di negara tersebut dalam tahun 2023.

"Death Whisperer" dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat and Nina Nutthatcha Padovan, dan disokong oleh Fresh Arisara Wongchaleeand Ply Pramer Noiam. Pengarah filem ini adalah Kui Taweewat Wantha dan Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, bersama pasukan sama di sebalik kejayaan filem seram "Long Weekend".


SINOPSIS

Kisah seram ini berkisar di sebuah kampung Thai yang terpencil apabila seorang gadis muda tiba-tiba meninggal dunia apabila terdengar seruan "Tee Yod" yang mengerikan. Bertahun selepas kejadian tersebut, sebuah keluarga diganggu roh jahat yang sama. Kali ini, ia merasuk seorang anak perempuan bernama Yam. Abangnya, Yak mendapatkan pertolongan daripada seorang bomoh untuk menghalau roh jahat. 

Dapatkah Yak menyelamatkan adik dan keluarganya? Jom saksikan 'Death Whisperer' di pawagam IMAX! 


Death Whisperer, bakal ditayangkan mulai 4 Januari 2024 di pawagam IMAX dan juga skrin standard berhampiran anda.

Hashtag: #deathwhisperer #teeyod #horrorfilm #thai #filemseram
@mm2malaysia

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!