K-BERRIES: PRODUK KECEMERLANGAN PERTANIAN KOREA KINI TIBA DI MALAYSIA


Dalam satu peristiwa penting untuk industri tempatan dan pengguna Malaysia, Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, telah memperkenalkan lima jenis strawberi premium Korea ke pasaran Malaysia iaitu Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry. Pengumuman bersejarah ini menandakan kemunculan rasmi strawberi yang hebat ini di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam kualiti dan rasa.

Pengumuman tersebut dibuat dalam suatu upacara rasmi di Hotel Sunway Resort yang dihadiri oleh wakil daripada Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea; ahli media; bakal pembeli dan peruncit; serta Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan pempengaruh. Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menarik minat para pemain industri utama tempatan tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran dan keterujaan di kalangan pengguna Malaysia.

“Hari ini, kami dengan bangganya membawa cita rasa istimewa strawberi premium Korea kepada pengguna di Malaysia dan pada masa yang sama, kami berhasrat untuk memupuk pertukaran budaya melalui makanan, salah satu bahasa universal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata En. Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan Pusat Perdagangan-Agro Korea di Kuala Lumpur, yang merupakan cawangan Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea di Malaysia.

“Detik bersejarah ini bukan sahaja menandakan satu kejayaan dalam ketersediaan strawberi premium Korea di Malaysia tetapi juga menjadi kesinambungan misi kami untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara kita. Malaysia sentiasa menjadi rakan perdagangan yang penting kepada Korea Selatan, dan kami percaya bahawa dengan memperkenalkan strawberi premium ini, ia bukan sahaja akan memenuhi permintaan rakyat Malaysia tetapi juga memperdalam penghargaan mereka terhadap tawaran pelbagai produk pertanian Korea yang luar biasa,” tambahnya.


Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara K-BERRY (sebuah organisasi integrasi eksport yang merupakan satu kerjasama antara pengeluar dan pengeksport strawberi), Euro-Atlantic Sdn Bhd dan Khaishen Sdn Bhd. Perjanjian strategik ini menandakan usaha kerjasama untuk menerajui pengembangan strawberi premium Korea di pasaran Malaysia.

Rasa yang luar biasa dan ciri-ciri unik:

Setiap satu daripada lima jenis strawberi premium yang diperkenalkan hari ini mempunyai kualiti tersendiri yang membezakannya daripada tawaran standard lain di pasaran:


Kuemsil: Dikenali sebagai "apple of the eye", baka strawberi Kuemsil menawarkani rasa manis yang tersendiri, diperkaya dengan bayangan rasa buah pic yang menjadikan profil rasanya lebih menarik. Baka ini mempunyai gabungan sempurna rasa manis semula jadi dan juga cita rasa halus bernuansa, menjadikannya satu pengalaman kulinari yang menawan dan tidak dapat dilupakan.


Sulhyang: Ia merupakan satu gandingan seimbang bagi ciri kemanisan dan keasidan, Keunikan Sulhyang terletak pada buahnya yang berjus, pulpa lembut dan bentuk kon berwarna merah terang yang menyerlah. Baka ini menjanjikan simfoni perisa, yang mana gabungan rasa manis dan masam menghasilkan satu pengalaman rasa yang menggembirakan dan sukar untuk dilupakan.


King’s berry: Menyerupai raja strawberi, King’s berry mempunyai saiz yang dua kali lebih besar daripada strawberi biasa untuk kepuasan yang lebih tinggi. Bayangan keharuman buah pic, disempurnakan dengan tekstur lembut dan manis menjadikan raja buah ini satu sensasi yang hebat.


Vitaberry: Tepat dengan gelarannya sebagai "idola strawberi", baka ini mempunyai kandungan vitamin C yang 30% lebih tinggi berbanding dengan strawberi biasa. Bukan sahaja lazat dimakan, Vitaberry juga berkhasiat, menjadikannya satu pilihan tepat untuk kesihatan dan juga dinikmati.


Snowberry: Strawberi ini sehalus salji! Dibezakan dengan luaran berwarna merah jambu dan tekstur isi putih yang lembut, Snowberry mendapat namanya daripada ciri-cirinya yang menyerupai salji. Selain daripada rupa fizikalnya yang menawan, baka ini menjanjikan rasa manis yang halus dan isi yang lembut lagi lazat, umpama membawa deria rasa anda ke alam musim sejuk yang penuh perisa.

Komitmen terhadap kecemerlangan bidang pertanian

Pengenalan strawberi premium Korea ini ke pasaran Malaysia membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi daripada Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea dan Kementerian Pertanian, Makanan dan Luar Bandar Korea Selatan untuk mempromosikan kecemerlangan pertanian dan meningkatkan daya saing global produk makanan Korea Selatan.


“Bersama-sama kerajaan Korea Selatan, kami berbesar hati untuk memainkan peranan yang penting ini dalam mempromosikan K-Food di Malaysia. Sememangnya, kami juga merasa teruja dengan potensi pasaran ini yang dibawa oleh usaha ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, rakan kongsi kami, pihak berkepentingan, dan masyarakat Malaysia pada umumnya atas sambutan hangat yang mereka berikan. Kami berharap agar masa depan bakal dipenuhi dengan pengalaman kulinari yang dikongsi, pengayaan budaya, dan hubungan yang berkekalan," kata Encik Jang Jae Hyung.

Kemunculan sulung strawberi premium Korea di Malaysia hari ini menandakan detik transformatif bagi industri tempatan dan langkah kemajuan yang bermakna dalam dinamik perdagangan di antara kedua-dua negara. Lebih bermakna lagi, pengguna kini boleh mencuba dan menghargai profil rasa yang lebih luas dan ciri-ciri tersendiri dalam strawberi premium ini. Oleh itu, pencapaian ini bukan sahaja melonjakkan permintaan untuk produk yang berkualiti tinggi tetapi juga membuka ruang untuk kerjasama perdagangan yang saling menguntungkan di antara Korea Selatan dan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO