‘SALAHKAH’ MERUPAKAN PERTARUHAN TERBAHARU ERUL SAMAH


Erul Samah pertaruhkan single terbaharunya ‘Salahkah’ dan kini boleh dimuat turun di iTunes atau aplikasi penstriman atas talian iaitu Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Tidal dan Deezer bermula 7 December 2023. Erul Samah atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin bin Abu Samah mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 2009 menerusi program realiti Mentor terbitan TV3 selaku protege kepada Jaclyn Victor.

‘Salahkah’ merupakan single ketujuh buat Erul Samah dan lagu ini mengisahkan tentang hubungan cinta yang terlerai ditengah jalan menyebabkan kebahagiaan yang diimpikan hanya tinggal kenangan akibat sikap ego yang menguasai diri. Lirik lagu yang dinyanyikan ini juga ternyata menunjukkan kekesalan pasangan dan berusaha untuk memulihkan semula hubungan percintaan mereka tetapi pastinya sukar dek hati yang terluka.

Setelah dua tahun tidak mengeluarkan single, akhirnya Erul Samah berjaya mempertaruhkan single terbaharunya. Ini merupakan satu kepuasan buat dirinya. “Saya gembira dan bersyukur dengan terhasilnya single ini setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan lagu. Keadaan masa tidak mengizinkan saya fokus kepada nyanyian kerana saya agak sibuk dengan jadual penggambaran yang padat dan pada masa yang sama sebagai pempengaruh media sosial (influencer). Alhamdulilah pada tahun 2023 ini, ‘Salahkah’ menjadi taruhan saya sebagai single album yang ke 7.”

Perjalanan pembikinan ‘Salahkah’ mengambil masa selama 3 minggu, kerana seminggu sebelum itu Erul telah menunaikan Umrah. Menariknya Erul Samah juga merupakan komposer dan penulis lirik kepada lagu istimewa ini dan secara tidak langsung menjadi lebih mudah untuk Erul menghayati dan menyampaikan lagu ini mengikut imaginasi sendiri melalui susunan muzik lagu yang diolah oleh produser terkenal Sharon Paul. Lagu ini mempunyai kekuatan melodi dan lirik yang berbeza jika dibandingkan singles sebelum ini kerana vibe yang sangat berbeza kerana lagu ini sesuai untuk dijadikan lagu runut bagi mana-mana drama melayu moden.

Erul Samah turut dikenali sebagai Putera KPOP Malaysia selepas viral dalam salah satu program realiti dengan tagline “Annyeong Haseyo”. Erul Samah juga dikenali sebagai ‘Raja Komen’ di kalangan pengguna media sosial dan berkebolehan untuk bertutur dalam 5 bahasa, selain daripada bahasa Malaysia dan Inggeris iaitu Mandarin, Jepun, Korea, Itali dan Jerman. Minat mendalamnya itu telah membawanya terbang ke Korea untuk menyertai KPOP Star Hunt 2 Asia dan mula belajar di Korea sebagai pelatih di Cube Ent, Korea.

Harapan Erul agar lagu ‘Salahkah’ mendapat tempat di hati peminat Malaysia mahupun Indonesia. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Salahkah’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Tidal dan Deezer bermula 7 December 2023 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial rasmi di Alternate Records & Talents di Instagram @alternate.my_

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!