LIBRA WELLNESS MEMPERKENALKAN LI'BRA, RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT DAN BADAN 100% BERASASKAN TUMBUHAN
Jeremy Andrus (kiri) dan Carmen Khor, pengasas bersama Libra Wellness |
Jenama kecantikan dan penjagaan diri, Libra Wellness melancarkan rangkaian produk baharu, Li'bra yang diperbuat daripada ramuan berasaskan 100% tumbuhan, beretika, mesra-alam dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Memanfaatkan khasiat alam semula jadi, rangkaian produk Li’bra diperkayakan dengan komponen tumbuhan aktif seperti minyak Avocado, ekstrak brokoli, dan minyak kelapa, semuanya diperoleh dengan beretika. Ekstrak brokoli yang diperolehi dari Korea juga mengandungi aloe vera, manakala minyak kelapa, 100% bebas bahan tambahan, dan diproses dengan tekanan dingin (cold press) untuk mengekalkan sebanyak mungkin nutrien, diperolehi dari Sri Lanka. Digandingkan dengan minyak avocado tulen 100%, rangkaian produk ini dirumus untuk menawarkan manfaat terbaik kepada kulit dan rambut anda.
Minyak avokado mengandungi Vitamin B dan E, yang membantu mengekalkan penghidratan, menghasilkan kulit yang terasa sihat, lembut, dan anjal, dan ekstrak brokoli mengandungi banyak antioksidan yang membantu melindungi kulit dan rambut daripada pemcemar alam sekitar dan kerosakan ultraviolet. Minyak kelapa terkenal dengan sifat membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan rambut, dan dilindunginya agar tampak sihat dan bermaya.
Pembungkusan produk Li’bra adalah selaras dengan komitmen kemampanan syarikat tersebut – menggunakan botol aluminium yang boleh dikitar semula untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang.
Rangkaian produk Li'bra yang kini berada di pasaran:
Syampu Moisture Restore: Membersih dan melindungi rambut dan kulit kepala dengan lembut, syampu ini sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang diwarnakan dan dikerintingkan. Ia mengekalkan lembapan pada rambut agar kelihatan bersinar dan lembut sentiasa. Haruman yang menarik dengan bauan botani yang subur dengan nota daun violet, melati putih, dan kayu kasturi.
Perapi Rambut Revitalize + Repair: Apabila digunakan selepas bersyampu dengan Syampu Moisutre Restore, perapi rambut yang menyegarkan ini berfungsi untuk menyuburkan folikel rambut dan menjadikannya lebih bermaya dan juga harum. Perapi ini sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk
rambut yang diwarnakan atau dikerintingkan.
Mandian Badan Skin Balancing: Mandian yang dirumus untuk mengimbangi kulit ini berkesan untuk menanggalkan kekotoran dari tubuh tanpa manjadikan kulit terasa kering. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Harumannya menyegarkan dengan bauan sitrus dengan nota limau gedang, beri merah, dan kayu kasturi.
Untuk maklumat lanjut tentang Libra Wellness dan mendapatkan rangkaian produknya, sila layari https://www.libra-wellness.com/.
Comments
Post a Comment