AEON LANCAR KEMPEN 'TRAVEL NOW' & UMUM PEMENANG UNTUK PERCUTIAN BERJUMLAH RM80,000


AEON baru-baru ini telah mengumumkan bahagian terbaharunya - TRAVEL NOW, at AEON Bandar Utama. Menampilkan 24 jenama terkemuka bagi bagasi, pakaian dan aksesori yang wajib ada bagi perjalanan, bahagian Travel Now ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. 

Dalam majlis yang sama, AEON turut memperkenalkan rangkaian bagasi TOPVALU, yang menampilkan pelbagai bagasi perjalanan dengan kaedah penyimpanan yang mudah, ringan, fleksibel dan nilai terbaik!


Dengan peningkatan populariti percutian singkat atau micro-cation, pelancaran 'Travel Now' membawakan trend terkini yang menjadi ikutan pengembara moden. “Di AEON 'Travel Now', kami percaya pengalaman semasa perjalanan harus sama menariknya dengan destinasi yang dituju! Dalam membantu para pelanggannya mencipta detik yang tidak dapat dilupakan di sepanjang perjalanan, AEON berhasrat untuk untuk membawakan produk-produk yang memudahkan lagi perjalanan mereka dan pastinya dengan penjimatan yang hebat. Kami juga bakal menyediakan pelbagai promosi perjalanan dengan ganjaran istinewa bagi tahun 2024, sempena dengan ulang tahun AEON yang ke-40 yang sudah pasti bakal menjadi satu tahun yang mengujakan bagi penggemar percutian,“ kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia dengan bersemangat. 


Turut hadir sebagai rakan kongsi eksklusif ialah Leong Diyao, Ketua Bahagian Ganjaran, Kerjasama Serantau daripada Airasia Super App dan Michelle See Meow Teng, Ketua Jualan dan Pemasaran dari ICE Holidays Sdn. Bhd.


Pemenang Peraduan Travel Now 2023 turut diumumkan pada majlis pelancaran tersebut. Hadiah-hadiah berjumlah lebih RM80,000, termasuk percutian impian dan baucar eksklusif daripada ICE Holidays Sdn Bhd disampaikan kepada para pemenang yang telah dipilih daripada 1,415 penyertaan layak, dengan pengimbasan Kod QR Travel Now bersama resit minimum RM200 pembelian.

Senarai Pemenang:
• Hadiah Utama: Percutian Impian bernilai RM35,000 – Jeffrey Cheah
• Hadiah Pertama x 1: Percutian Impian bernilai RM20,000 – Ghazali Sulai
• Hadiah Kedua x 1: Percutian Impian bernilai RM10,000 – Chee Kok Liang
• Hadiah Ke-3 x 1: Percutian Impian bernilai RM5,000 – Phoon Kai Chee
• Saguhati x 5: Percutian Impian bernilai RM3,000 setiap satu – Lee Yang, Khadijah
Othman, Ning Chiah, Tan Lee Wen dan Chan Yin Pheng

*Hadiah percutian impian terdiri daripada 50% mata Airasia yang dikeluarkan oleh Biglife
Sdn Bhd dan Baucar Lawatan GD 50% daripada ICE Holidays Sdn Bhd.


Pengaktifan Travel Now @ AEON Bandar Utama pada 15 – 17 Disember 2023

Faedah Ahli Eksklusif dan Harga Masa Terhad:
Ahli AEON menikmati tawaran eksklusif 5x Mata AEON untuk semua item, tersedia pada 10 gedung AEON terpilih di seluruh negara; Taman Maluri, Ayer Keroh, Tebrau Bandar, Bandaraya melaka, Queensbay, Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Kuching, Nilai dan Bandar Utama.

Cabutan Bertuah Extravaganza:
Sesi Cabutan Bertuah Harian, dari 12 hingga 6 petang, menawarkan hadiah dengan jumlah nilai melebihi RM50,000. Pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM350 berpeluang untuk membawa pulang hadiah menark.

Aktiviti dan Pameran Bagasi yang menarik:
Para hadirin boleh menyertai aktiviti harian seperti teka-apa-dalam-bagasi dan pertandingan teka-berat-bagasi. Pertunjukan Bagasi pada 16 Disember jam 3:30 petang menampilkan model terkini daripada 8A2K, dengan bagasi terpilih tersedia pada istimewa harga promosi RM200 setiap satu, terhad kepada 100 unit (50 unit/hari).

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Travel Now dan sorotan acara, lawati

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!