APAKAH ANTARA 12 LAGU YANG BAKAL MENDOMINASI DI ANUGERAH JUARA LAGU 38?


Selepas tiga hari berlangsungnya Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dari 15 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my , 12 buah lagu terbaik yang mendominasi Anugerah Juara Lagu 38 telah diumumkan.

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, Muzik Muzik 38 Separuh Akhir telah mempertandingkan 29 buah lagu serta menampilkan persembahan penyanyi jemputan iaitu Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir menampilkan barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail dan terdiri daripada LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wah Idris. Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38:

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

Jangan Mati Rasa Itu

Aina Abdul

Aina Abdul

Aina Abdul

Bintang

Hael Husaini

Hael Husaini

Hael Husaini

Sutera

Aisha Retno

Aisha Retno & MFMF

Aisha Retno

Hasrat

Amir Jahari

Amir Jahari

Amir Jahari

Inilah Jalannya

Masdo

Noh Salleh

Noh Salleh

Darah

Marsha Milan

Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Waktu

Hasif Upin &

Ziana Zain

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Astana

Ernie Zakri

Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Kucuma

Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

A.Ramlie & Ezra Kong

A.Ramlie & Ezra Kong

Kalam

Shiha Zikir

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Selagi Ku Ada

Khai Bahar & Nabila Razali

Amylea

Amylea

Santai

Faizal Tahir

(Dinyanyikan oleh Naqiu)

Faizal Tahir

Faizal Tahir


Para peminat muzik tanah air juga mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang 3 hari, sewaktu siaran langsung. Pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.
  • Hari Pertama - Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
  • Hari Kedua - Astana (Ernie Zakri)
  • Hari Ketiga - Santai (Naqiu)

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir turut meraikan lagu terbaik yang merupakan pilihan juri pada ketiga-tiga hari tersebut yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.
  • Hari Pertama - Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
  • Hari Kedua - Sutera (Aisha Retno)
  • Hari Ketiga - Santai (Naqiu)
Sejak diperkenalkan, objektif Muzik Muzik adalah memberi penghargaan dan pengiktirafan lagu - lagu terbaik dalam kalangan penggiat muzik iaitu komposer, penulis lirik dan penyanyi pada setiap tahun. Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu bertanding di pusingan separuh akhir untuk penjurian daripada barisan juri profesional yang bakal menentukan 12 buah lagu terbaik yang mara ke pentas Anugerah Juara Lagu.

Sidang produksi Muzik Muzik 38 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit.



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!