ALAMI KEMERIAHAN 'WINTER WONDERLAND ADVENTURE' DI IOI MALLS
Kini tiba masanya sekali lagi untuk perayaan hujung tahun dengan pokok-pokok dihias indah, hiasan perayaan, lampu bergemerlapan, lagu-lagu riang berkumandangan dan makanan kegemaran yang lazat, semuanya disediakan untuk sambutan yang agak berbeza daripada yang lain. Dengan tema “Winter Wonderland Adventure”, IOI Malls menampilkan pelbagai aktiviti, hadiah, persembahan dan sajian perayaan yang lain untuk seisi keluarga di sepanjang bulan Disember, sehingga Hari Tahun Baru 2024!
“Di IOI Malls, kami semua berusaha untuk mengubah setiap detik menjadi kenangan indah, dan musim perayaan yang penuh kemeriahan ini merupakan masa yang paling sesuai untuk tujuan ini. Kami membawakan pembaharuan untuk menawarkan sesuatu yang berbeza; sesuatu yang terasa seperti percutian perayaan di tengah-tengah bandar yang sibuk,” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia) IOI Properties.
“Daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas, kami ingin merancakkan sambutan perayaan ini untuk semua di pusat-pusat beli-belah kami, termasuk IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai. Keseluruhan program yang kami sediakan adalah untuk membawakan suatu pengalaman yang abadi kepada semua keluarga," tambah beliau.
Segalanya ada untuk semua
Sediakanlah topi merah ala Santa Claus anda kerana para pengunjung ke IOI City Mall berpeluang untuk menikmati keindahan salji yang bakal turun pada tarikh terpilih dan mengubah suasana menjadi alam musim sejuk yang ajaib, lengkap dengan paparan gerabak yang hebat di East Court pusat beli-belah itu.
Sementara itu, acara persembahan Christmas Sleighin’ di IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai bakal menjadi tumpuan ramai. Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti tarian, persembahan muzikal, dendangan lagu-lagu Krismas dan banyak lagi; pastinya ada sesuatu yang menghiburkan setiap hujung minggu!
Si comel juga dapat meluangkan masa berjam-jam di bengkel hujung minggu, Crafty Kids Corner di ketiga-tiga pusat beli-belah bagi ahli IOI Kids Club. Bukan ahli juga boleh mendaftar untuk menyertai bengkel tersebut yang dapat mencetuskan kreativiti dan pada masa yang sama menikmati sambutan perayaan ini. Saksikan mereka mempelajari pelbagai aktiviti seni yang menyemarakkan imaginasi mereka semasa mencipta kraf tangan yang bertemakan Krismas.
Sebagai ahli Club IOI dan pemegang kad kredit Standard Chartered, anda akan menikmati lebih banyak kegembiraan musim perayaan ini! Nikmati hak istimewa untuk menebus hadiah Winter Mysthical Treasures dengan membelanjakan jumlah yang lebih rendah berbanding bukan pemegang kad di mana-mana tiga Pusat Beli-belah IOI (tertakluk kepada terma dan syarat). Dengan pelbagai peringkat pembelian, pelanggan yang layak boleh menebus hadiah istimewa termasuk Set Pengembaraan Winter Whimsy, 1,000 mata ganjaran CLUB IOI, Lapik Komputer Riba Boleh Balik, Gelas Empat Musim Berdinding Dua dan Set Mangkuk Kaca Ais (tidak tersedia di IOI Mall Kulai). Maklumat lanjut dan butiran penebusan boleh didapati di kaunter maklumat pusat membeli-belah.
Selain itu, pengunjung IOI City Mall yang membelanjakan RM100 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi baucar yang lumayan untuk memeriahkan sambutan Krismas mereka di Winter Whispers Magical Capsule Ball, yang terletak di Kaunter Maklumat di Aras G East Court.
Menyebarkan keajaiban "sebenar" musim perayaan ini
Sempena sambutan perayaan ini, IOI Malls, dengan kerjasama Yayasan IOI (sebuah platform CSR di bawah naungan IOI Group) juga menyantuni 30 orang penghuni Rumah Charis, Rumah Jagaan Shalom dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di IOI City Mall. Acara yang penuh dengan keriangan ini menyaksikan tetamu Istimewa tersebut diraikan dengan lawatan ke IOI City Farm, taman aksi District 21 dan juga bengkel yang dikendalikan oleh Hogan Bakery. Mereka turut dijemput untuk makan tengah hari di Bhai Jim Jum dan menikmati pencuci mulut di kedai manisan Madam Croffle, disusuli dengan persembahan silap mata Santa Claus.
Bukan sekadar menyambut aktiviti perayaan, Yayasan IOI (sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng) telah menunjukkan komitmen ikhlas terhadap kebajikan masyarakat dengan sumbanagan RM60,000 untuk membantu operasi rumah-rumah amal tersebut. Setiap penghuni turut dihadiahkan beg hadiah yang diisi dengan pakaian berkualiti tinggi, sumbangan ikhlas oleh TRT Malaysia. Usaha ini mencerminkan kerjasama semua pihak untuk menyebarkan kegembiraan dan memberi kesan positif yang berkekalan kepada kehidupan tetamu yang hadir.
Bersempena dengan inisiatif ini, IOI Mall Kulai bakal menyantuni 37 orang kanak-kanak dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor. Mereka bakal dihiburkan di IOI Mall Kulai dengan pelbagai acara perayaan yang hebat termasuk Persembahan Silap Mata dan Boneka Krismas, permainan Santa Claus, persembahan nyanyian dan tarian, penyampaian hadiah Krismas tajaan Yee Fat, dan sesi minum petang yang disediakan oleh Chenderawasih Brothers Enterprise.
“Di IOI Malls, musim perayaan ini disambut seiring dengan tanggungjawab ikhlas untuk menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya. Usaha untuk menyantuni individu-individu dari rumah kebajikan tempatan berpunca daripada hasrat yang mendalam untuk menjalinkan perhubungan yang erat dengan komuniti kami, memahami keperluan mereka dan menyebarkan rasa kasih sayang. Ia juga bertujuan untuk memupuk kemesraan di musim perayaan ini dan mengingatkan kita bahawa kebaikan dan keajaiban sebenar yang terletak pada perkongsian kegembiraan kepada semua,” kata Chris Chong.
Di tengah-tengah kesibukan sambutan musim perayaan ini, IOI Malls mengalu-alukan kehadiran semua untuk meraikan bersama-sama rakan, keluarga dan orang tersayang untuk mencipta dan menikmati pengalaman yang mengujakan. Sambutan ini bakal diteruskan sehingga tahun baharu, jadi tiada alasan untuk melepaskan peluang ini! Inilah bulan sambutan perayaan yang penuh pesona dan keceriaan untuk mencipta kenangan yang berkekalan di IOI Malls.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di IOI Malls, sila layari:
IOI City Mall Putrajaya: https://www.ioicitymall.com.my/
IOI Mall Puchong: https://www.ioimp.com.my/
IOI Mall Kulai: https://www.ioimall.com.my/
Comments
Post a Comment