KOLEKSI MUSIM PERAYAAN TRIUMPH SMOOTH SENSATION: SERLAHKAN KEYAKINAN BERKILAUAN


Musim perayaan sememangnya sinonim dengan keriangan, keluarga dan, sudah tentunya, keraian. Ia juga peluang bagi anda untuk menghadiahi yang tersayang.

Rangkaian musim perayaan Triumph Smooth Sensation pastinya hadiah paling istimewa untuk insan kesayangan itu. Koleksi ‘shapewear’ yang anggun ini umpama menghadiahi si pemakai keyakinan, malah sempurna digandingkan dengan persalinan yang berkilau untuk menyemarakkan lagi musim perayaan ini.

Alami Keajaiban: Bra ‘Push-Up’ Generasi Baharu Kami

Rangkaian Smooth Sensation memastikan keyakinan serta mengundang pujian buat si pemakai dengan reka bentuk lengkung yang moden. Ia berupaya menyamarkan paha dan perut untuk memberikan kesan siluet yang memikat di samping menjamin keselesaan di bawah sebarang busana perayaan anda. Dengan kemasan licin walau berhias corak, ia pelengkap persalinan untuk dibawa berpesta.

Smooth Sensation Push Up Deep V Bra didatangkan dalam dua rona hangat, Blackcurrant Juice and Rumba Red. Bra ‘push-up’ ini memberikan sokongan fleksibel dengan reka bentuk ‘Deep V’ yang menyerlahkan dada di bawah persalinan anda. Ia juga dapat menutupi bahagian sisi dengan mencukupi bagi memastikan pakaian sentiasa kelihatan licin.

Bukan itu sahaja, bra Smooth Sensation ini dihasilkan dengan Magic Wire Natural, teknologi tanpa wayar Triumph yang inovatif. Ia memberikan kesan mengangkat dan sokongan tanpa mengkompromi soal keselesaan.

Smooth Sensation Padded Bra pula pilihan terbaik untuk menutupi payudara. Dengan pad pelapik yang digabungkan dengan teknologi Magic Wire Natural, ia memberikan kesan mengangkat semula jadi serta kemasan yang licin di bahagian sisi. Ia didatangkan dalam rona Rumba Red yang sangat sesuai dipadankan dengan Smooth Sensation Hipster.


Sentuhan Memikat: Pelengkap Penampilan Anda

Smooth Sensation Hipster tampil dengan garis pinggang tengah untuk keselesaan penuh. Ia didatangkan dalam rona Rumba Red dengan reka bentuk renda bercorak yang sangat licin bagi menyamarkan segala garis di bawah pakaian, menjadikannya pakaian dalam yang paling ideal musim ini.

Tercari-cari hadiah yang memberikan kawalan, sokongan dan bentuk badan yang menawan? Hadiahkan seluar dalam Smooth Sensation High Waist and Middle Waist. Seluar dalam Smooth Sensation High Waist didatangkan dalam rona Blackcurrant Juice yang anggun dan berupaya menonjolkan potongan badan yang seksi. Diperbuat daripada renda bercorak, seluar dalam ini berupaya mengangkat punggung serta menyerlahkan pinggang si pemakai.

Sementara itu, seluar dalam Smooth Sensation Middle Waist bukan sahaja menampilkan gaya moden, malahan memberikan kesan menyamar yang tidak kelihatan di bawah pakaian. Ia didatangkan dalam rona Fig Pink elegan yang menjamin garis seluar dalam yang licin.

Serlahkan keyakinan yang tersayang agar berkilau pada musim ini dengan koleksi perayaan Triumph Smooth Sensation yang ditawarkan pada harga bermula RM99.90. Lihat rangkaian penuh di https://my.triumph.com/pages/festive atau di butik Triumph berhampiran anda di https://my.triumph.com/pages/store-locator.


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!