SERTAI KEMERIAHAN CHUANG ASIA! YANG PERTAMA BERSAMA JACKSON WANG, TEN, MIKE ANGELO, JEFF SATUR, AND NENE PORNNAPPAN

 

WeTV, platform hiburan popular Asia baru-baru ini telah mengumumkan barisan mentor selebriti untuk 'CHUANG ASIA,' sebuah program survival idola bertaraf antarabangsa. 'CHUANG ASIA' bakal menampilkan “Jackson Wang" sebagai Mentor Utama bersama "Mike Angelo", "Jeff Satur", “TEN” dan “Nene Pornnappan” yang berkongsi pandangan untuk mencungkil bakat-bakat baharu Thai untuk diketengahkan sebagai idola berbakat antarabangsa. 

Program ini mendapat sambutan positif sejurus selepas pelancarannya dengan 9,000 permohonan dari seluruh Thailand dan luar negara. Tujuh puluh finalis telah berjaya ke pusingan akhir. 

CHUANG ASIA dijadualkan disiarkan pada Februari 2024 di WeTV dan saluran one31 dan juga saluran televisyen terpilih di Asia Tenggara. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari wetv.vip/th dan juga laman sosial WeTV Thailand dan CHUANG ASIA.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!