SUBWAY® MALAYSIA PERKENAL MEAT STACK SUB EDISI TERHAD


Subway® Malaysia memperkenalkan hidangan Meat Stack sub edisi terhad yang boleh didapati mulai 30 September 2020 sehingga 5 Januari 2021. Meat Stack sub diperbuat daripada empat jenis daging – carikan ayam (chicken strips), pepperoni daging lembu, salami daging lembu dan hirisan ayam (chiecken slice) – yang boleh digandingkan dengan ramuan segar mengikut kesukaan anda untuk mencipta sandwich daging yang hebat! 

Sempena pelancaran Subway Meat Stack, Subway Malaysia bakal menghoskan tiga acara Facebook Live bersama rakan Subway – pelakon Izzue Islam, personaliti MYFM Emely Poon dan Hos TV Mark O’dea pada 3, 8 dan 10 Oktober 2020. Para penggemar Subway dijemput untuk menyaksikan sesi tersebut untuk peluang memenangi hadiah baucer Subway bernilai sehingga RM500.

Rakyat Malaysia juga diseru untuk “stack it up” dengan Meat Stack sub dan berkongsi pengalaman mereka dengan tanda pagar #subwayisfresh #subwaymeatstack. 

Sub edisi terhad ini boleh didapati di restoran-restoran Subway dan juga melalui penghantaran Foodpanda dan GrabFood sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subwayisfresh.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

HOCK KEE MASUK FASA PERTUMBUHAN BAHARU DENGAN PELABURAN CREADOR FOUNDATION DAN CENSURIA SERTA PELANTIKAN BELLA ASTILLAH SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”