ACCA PUPUK NILAI KELESTARIAN SEMPENA HARI ETIKA GLOBAL
ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) Malaysia, organisasi yang lama komited dalam usaha kelestarian, memperkenalkan kempen #MyGoZero ACCA sempena Hari Etika Global 2020 untuk mengingatkan organisasi-organisasi dan juga individu-individu akan praktis perniagaan yang mengamalkan dan mempromosikan sisa sifar (zero waste) dalam tiga komponen utama – iaitu persekitaran (Planet), masyarakat (People) dan ekonomi (Profit). Bersama, tiga rukun kelestarian ini adalah mada depan kewujudan yang seimbang antara kemakmuran ekonomi dan ekosistem semula jadi yang sihat.
“Hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan kemerosotan persekitaran sering dilanda ketegangan, justeru, salah satu kaedah utama untuk membantu melestarikan kemasyarakatan global dan ekosistem bersifat ekologi adalah menerusi pengurangan sisa. Demi masa depan kita, dan untuk generasi yang akan datang, kita harus mengambil tindakan untuk mematahkan kitaran ini. Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyunjung kepada kehidupan seharian, perniagaan dan dunia secara positif dengan memulakan perjalanan bersifat kelestarian dengan kempen #MyGoZero ACCA,” kata Ketua ACCA Malaysia, Edward Ling.
Kempen #MyGoZero ACCA yang akan berlangsung selama tiga bulan ini adalah usaha serampang dalam menyumbang kepada masyarakat dalam tiga aspek:
- Menambah NILAI dalam mengurangkan penggunaan sisa menerusi kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Conscious Goods dan Dignity for Children untuk menggalakkan penggunaan pelitup muka yang kitar semula dan boleh digunakan pada waktu pandemik ini;
- Membina PENGETAHUAN kelestarian dengan seminar web bersifat pendidikan secara percuma, artikel-artikel sokongan dan laporan-laporan Profesional Insights ACCA;
- Menggalakkan PERKONGSIAN sosial menerusi pelbagai platform digital untuk menyebarkan mesej-mesej, tips dan pengalaman gaya hidup sifar sisa buangan bersama pemimpin-pemimpin perniagaan dan juga personaliti-personaliti hiburan tempatan.
Kerjasama dengan Conscious Goods dan Dignity for Children menerusi kempen juga bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada golongan wanita dan kanak-kanak dari golongan B40, Orang Asli dan komuniti pelarian di Malaysia, terutamanya pada masa yang amat mencabarkan sekarang.
Menyedari kelestarian itu penting bagi setiap individu, kempen #MyGoZero ACCA bertujuan untuk menarik penglibatan para pelajar dan ahli-ahli ACCA bersama dengan orang ramai secara umumnya. Sehubungan itu, ACCA mengajak rakyat Malaysia di setiap peringkat untuk bertindak secara berkongsi dan mengamalkan kelestarian dengan rakan-rakan dan bersama ahli-ahli keluarga. Untuk melihat kemas kini menarik mengenai kempen #MyGoZero ACCA, sila layari www.bit.ly/MyGoZero.
“Kelestarian harus menjadi sebahagian DNA setiap organisasi; dengan apa yang ditunjukkan oleh pandemik Covid-19, adalah betapa pentingnya bagi organisasi untuk mengamalkan praktis kelestarian yang dapat menahan pergolakan global. Dalam bidang perniagaan, ini merangkumi pelbagai inisiatif, dari pelaburan dalam teknologi hijau dan menguatkuasakan dasar yang melindungi sumber kolektif kita, untuk memupuk pembangunan pekerja dan melaksanakan garis panduan yang memberi kecekapan dan mencegah pembaziran dan banyak lagi,” tambahnya.
“Walaupun perkara fiskal seperti pemulihan adalah fokus yang penting buat masa ini, kita mesti ingat bahawa perakaunan sebagai profesion mempunyai tujuan yang jelas dan dapat membantu organisasi menavigasi masa yang mencabar dan persekitaran yang kompetitif. Dengan kesedaran masyarakat dalam masalah sosio-politik dan persekitaran, kita juga menjangkakan organisasi-organisasi supaya menjalankan perniagaan mereka dengan amalan telus dan berintegriti.
“Sebagai profesional kewangan, kita berada dalam posisi yang baik untuk menyokong organisasi-organisasi dalam bidang ini, yang meliputi pengawasan lingkungan, mencipta nilai dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika, serta memberikan pihak yang berkepentingan nasihat yang relevan supaya mereka membuat keputusan yang tepat. Pada asasnya, kempen #MyGoZero ACCA adalah peringatan bagi organisasi-organisasi untuk memimpin dengan teladan baik dan menanamkan budaya korporat yang berkelestarian, untuk menjamin masa depan yang lebih baik," tambah Ling.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen #MyGoZero ACCA, sila lawati www.bit.ly/MyGoZero.
Comments
Post a Comment