"TURN ON THE SCREAM" BAWAKAN FILEM SERAM HEBAT DI ASTRO

Oktober ini, peminat filem mengerikan boleh menikmati filem-filem seram dari Hollywood, Asia dan tempatan terbaik dengan ‘Turn On The Screams’ menerusi Astro First, Astro Best, On Demand Store dan Astro GO.

Semua pelanggan Astro boleh strim:
  • Filem menakutkan yang terhebat Hollywood termasuk filem-filem yang memenangi anugerah, ‘Get Out’; seram psikologi, ‘Us’; aksi seram, ‘The Hunt’; drama seram, ‘Unfriended’; aksi kuasa ghaib, ‘The Conjuring’, ‘The Conjuring 2’, ‘Truth or Dare’; seram fantasi, ‘Doctor Sleep’ dan banyak lagi;
  • Filem seram tempatan dan Asia termasuk filem-filem komedi seram, ‘Kelaster’ dan‘Takut Ke Tak?’; seram mendebarkan, ‘The Aparment’ dan ‘Cerita Hantu Asrama’; seram teladan, ‘Tanah Kubur’; seram Thailand, ‘Pee Nak 2’ dan ‘Check-in Shock’; seram psikologi alam ghaib Taiwan, ‘Detention’; filem seram kegemaran Korea; ‘Gonjiam Haunted Asylum’, ‘A Tale of Two Sisters’; dan banyak lagi.


Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah TV Pintar Sony berdefinisi 4K Ultra HD, Pembesar Suara Bluetooth Sony, Fon Kepala Sony dan Dompet Sony melalui peraduan 'Scream and Win' dari 23 Oktober hingga 13 November 2020. Untuk berpeluang menang, pelanggan boleh menyewa dan strim Into The Dark; - Jilid 1 hingga 5, siri antologi terbaharu yang menakutkan dan menyeramkan oleh Blumhouse Television, studio penerbitan Hollywood di sebalik filem dan siri seram yang popular termasuk ‘Paranormal Activity’, ‘Insidious’, ‘Sinister’, ‘The Purge’, ‘Get Out’ dan banyak lagi.

‘Into the Dark’ menampilkan 15 filem menghiburkan yang penuh dengan jeritan dan ketakutan khas dari Blumhouse. Peminat filem seram boleh menyewa dan strim siri menakutkan ini yang telah menghiburkan ramai penonton di Amerika Syarikat, yang kini membuat tayangan perdana di Astro Best, On Demand Store dan Astro GO. 

Untuk maklumat lanjut, lawati promotions.astro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI