LEE MIN HO & AYDA JEBAT DUTA FESTIVAL BELI-BELAH LAZADA 11.11
Platform e-Dagang terkemuka Asia Tenggara, Kumpulan Lazada telah mengumumkan kerjasamanya dengan selebriti lelaki terkemuka Korea Selatan, Lee Min Ho bagi menambahkan lagi seri sambutan Festival Beli-Belah 11.11.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada, Mary Zhou berkata, "Acara tahunan Festival Beli-belah 11.11 merupakan jualan satu hari kami yang terbesar dan paling dinantikan pada tahun ini. Ia juga cara kami mengungkapkan penghargaan dan rasa berterima kasih kepada para pembeli dengan membawakan keceriaan tanpa henti. Kita telah menghadapi tahun yang begitu mencabar dan penuh dengan ketidakpastian, kerana itulah kami ingin meredakan kegusaran para pembeli kami melalui pelantikan duta jenama serantau yang mampu membawa keceriaan serta mengukir senyuman di wajah pembeli kami di seluruh Asia Tenggara. "
Lee Min Ho dikenali oleh pembeli Lazada dengan personalitinya yang bersemangat, optimis dan sering memberikan galakan kepada peminatnya. Beliau digemari oleh para peminatnya di rantau ini kerana peranan utamanya dalam siri televisyen popular seperti Boys Over Flowers, City Hunter dan baru-baru ini The King: Eternal Monarch. Kami begitu teruja kerana beliau merupakan Heartthrob Lazada dan mempunyai persamaan yang begitu dekat dengan jenama kami. Hingga, mengingatkan kami kembali kepada semangat dan slogan Lazada, Go Where Your Heart Beats serta tanda isyarat jari-hati. Kami ingin memberikan inspirasi dan mendorong para pembeli untuk terus mengejar impian yang mereka idamkan. Seperti yang ditonjolkan oleh Lee dalam kariernya dan juga melalui pelbagai keterlibatan sosialnya, iaitu mencurahkan kembali baktinya kepada masyarakat."
Lee Min Ho adalah salah satu bakat besar dalam industri hiburan Korea yang popularitinya telah meraih peminat di seluruh dunia. Baru-baru ini, beliau telah berjaya memecahkan rekod media sosial sebagai pelakon Korea yang paling ramai diikuti. Merentasi pelbagai platform media sosial Facebook, Instagram, Twitter dan Weibo. Selain bergiat aktif sebagai seorang pelakon dan duta jenama popular, Lee juga berkecimpung sebagai seorang aktivis kemanusiaan. Beliau bekerjasama dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Selain itu, beliau juga mengasaskan PROMIZ, sebuah platform untuk menjana dana dalam meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai menyumbangkan derma untuk tujuan kemanusiaan dan sosial.
Menurut Lee, “Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Festival Beli-belah 11.11 Lazada sebagai duta jenama serantau mereka yang pertama. Seperti yang kita ketahui, Lazada merupakan sebuah platform beli-belah dalam talian dengan pendekatan serba inovatif serta fokus kepada pelanggan. Setakat ini, saya rasa ia sebuah pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan kreativiti apabila dapat peluang bekerjasama dengan keluarga Lazada. Saya tidak sabar untuk memperkenalkan platform yang sesuai dengan gaya hidup kita ini kepada para peminat dan sahabat di Asia Tenggara.”
Sebagai wajah yang terlibat dengan acara Beli-belah Lazada 11.11, Lee Min Ho akan membintangi iklan televisyen yang memaparkan rutin hariannya ketika membeli-belah secara dalam talian. Beliau menikmati kemudahan dan pelbagai jenis trend yang dapat memenuhi keperluan gaya hidupnya mulai daripada fesyen, sukan, kecantikan serta produk untuk kesejahteraan diri.
“Sungguh menarik apabila kita dapat melihat individu mampu untuk mengejar impian mereka, mempelajari kemahiran terbaharu, dan menikmati keseronokan hidup dengan mengikut kata hati mereka melalui Lazada. Saya juga begitu gembira dapat menjadi sebahagian daripada jalan cerita ini yang berperanan untuk menaikkan semangat serta berkongsi keceriaan bersama para peminat dan pengguna dia Asia Tenggara,” tambahnya lagi.
Bagi kempen iklan pula, Lee Min Ho juga akan bekerjasama dengan duta jenama tempatan Lazada di seluruh Asia Tenggara seperti Agnes Monica dan Verrel Bramasta (Indonesia), Ayda Jebat (Malaysia), Kathryn Bernardo (Filipina), Bella Ranee Campen (Thailand) dan Chi Pu (Vietnam). Mereka akan mempamerkan cara untuk menyebarkan keceriaan semasa membeli bungkusan yang membawa kegembiraan ke dalam hidup mereka.
“Sebagai Duta Jenama Lazada Malaysia, saya sangat teruja apabila dapat digandingkan dengan Lee Min Ho, duta jenama serantau pertama Lazada. Lazada telah menjadi pilihan saya untuk membelibelah secara dalam talian selama ini. Semestinya, Jualan Satu Hari Terbesar 11.11 Lazada peluang untuk dinikmati pada tahun ini dengan pelbagai tawaran menarik hanya untuk rakyat Malaysia. Jangan lupa menyaksikan TVC dengan penampilan istimewa saya pada 11.11 ini untuk mengetahui pelbagai promosi yang mengujakan!" kata Ayda Jebat.
Zhou berkongsi, "Penyatuan Lee Min Ho dengan duta-duta jenama tempatan kami secara maya, adalah cara untuk Lazada menghubungkan komuniti yang terpisah oleh jarak. Walaupun tahun 2020 semakin hampir ke penghujung, Lazada tetap berazam untuk memupuk kesefahaman lebih mendalam melalui kekuatan persamaan yang kita miliki sebagai sebuah komuniti beragam yang terdapat di pelosok Asia Tenggara. Penekanan juga dibuat untuk menyatukan kita dalam memberikan sokongan moral serta mengeratkan jalinan ketika mengharungi waktu yang mencabar ini."
Dalam TVC tersebut, pembeli bakal disajikan dengan lagu jingle Lazada 11.11 yang menarik. Peringatan kepada para pembeli untuk menambah pembelian mereka ke "add-to-cart" supaya mereka dapat menikmati harga terendah semasa jualan istimewa sehari terbesar Lazada.
Comments
Post a Comment