BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY EKSKLUSIF DI NETFLIX


Sejak kemunculan pertama mereka di persada hiburan dunia pada 2016, BLACKPINK telah menjadi kumpulan K-Pop wanita yang paling hebat dalam sejarah dengan muzik innovatif, video muzik yang mempersonakan dan konsep fesyen yang menggegarkan internet. BLACKPINK: LIGHT UP THE SKY adalah dokumentari yang membawakan perjalanan seni BLACKPINK yang belum pernah dipertontonkan sebelum ini kepada penonton di Netflix mulai 14 Oktober ini.


Diarahkan oleh Caroline Suh (Netflix’s “Salt, Fat, Acid, Heat”), dokumentari ini mendampingi secara dekat setiap ahli BLACKPINK: Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa sambil meninjau detik-detik permulaan BLACKPINK dari sesi ujibakat sehinggalah masa sekarang di mana mereka mendominasi carta seluruh dunia, membuktikan bahawa muzik adalah sesuatu yang tidak bersempadan.



Comments

Popular posts from this blog

POSTER RASMI KONSPIRASI KINI MENEMUI PENONTON, MENAMPILKAN VISUAL BERANI YANG CUKUP UNTUK MEMBERI BAYANGAN KONFLIK BESAR YANG BAKAL TERCETUS!

ALPHA JADI WAKIL MALAYSIA DI MUSIC AWARDS JAPAN 2026

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN