ZAZO MAULANA & TAM MUSTAFAH KETENGAHKAN "KASIH BERMULA"



“KASIH BERMULA”, adalah hadiah buat peminat yang telah lama menantikan single hasil sentuhan daripada artis ternama iaitu Tam Mustafah (Spider). Lagu ini merupakan hasil ciptaan Tam Mustafah dan lirik ditulis oleh Inuria. 

Lagu ini juga dinanti-nantikan oleh pendengar kerana single ini merupakan yang pertama kali gandingan Zazo Maulana bersama Tam Mustafah. Zazo Maulana Merupakan artis baru yang sudah berkecimpung dalam dunia muzik selama 5 tahun dan lagu “Kasih Bermula” merupakan single pertamanya di bawah edaran Map Music. 

Lagu “Kasih Bermula” menceritakan tentang pasangan bahagia yang mengimbau kembali kisah awal pertemuan mereka sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta dihati mereka. Perasaan cinta hadir tanpa diduga sehingga membuatkan hari mereka bersinar dan bahagia. Lirik lagu ini pastinya menarik perhatian dan memukau para pendengar di luar sana. 

“Kasih Bermula” ini boleh didengari di semua platform digital muzik. 


Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’