APA KATA NOURUL DEPP SETELAH CUBA MASKER VITAMIN HERBALIFE?


"Saya sangat berpuas hati! Kulit menjadi lebih lembab, lembut dan halus dengan penggunaan Vitamin Mask Herbalife Nutrition yang mengandungi 12 vitamin kompleks yang sihat. Saya amat menyukainya!"

Begitulah ujar penyanyi dan usahanita, Nourul Depp setelah mencuba Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition Mosturising (Melembap) yang baru dilancarkan ke pasaran Malaysia baru-baru ini. Nourul telah memuatkan beberapa gambar diri dan anak lelakinya, Zachary yang sedang mencuba produk baharu tersebut ke Instagram. Tampak jelita walaupun tanpa solekan, Nourul berkata dia sangat puas hati setelah mencuba Masker Vitamin keluaran Herbalife Nutrition. 




Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition dipasarkan dalam tiga varian – Pelembap, Pencerah dan Pengental – bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza-beza. Setiap masker muka diformulasikan dengan campuran vitamin proprietari yang unik, termasuk 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju, untuk membantu pengguna memperoleh kulit yang cantik dan sihat. 

Vitamin merupakan unsur semula jadi kulit manusia, dan merupakan sebahagian daripada sistem yang melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. Menerusi Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition, para pengguna dapat merasai kelembapan kulit yang berpanjangan, keanjalan kulit yang lebih baik dan keserian kulit yang dipertingkatkan 


Masker Muka Vitamin Pelembap 

Masker muka ini diformulasikan dengan campuran proprietari yang merangkumi asid hialuronik tiga rangkai, protein avokado terhidrolisis dan Ekstrak Centella Asiatica. Lantas ia menawarkan kesan pelembapan yang mampu bertahan sepanjang hari, menjadikan kulit kelihatan lebih terhidrat dan mulus. 

Berdasarkan hasil kajian keberkesanan yang dijalankan, 90% daripada kalangan subjek menyifatkan bahawa kulit mereka terasa lebih terhidrat dan lembut walaupun selepas Masker Muka Vitamin Pelembap ini digunakan sekali sahaja. 


Masker Muka Vitamin Pencerah 

Masker Muka Vitamin Pencerah diformulasikan untuk pengguna yang ingin menambah seri pada kulit yang berkeadaan normal atau kusam. Diperkayakan dengan Vita-Glow Complex – campuran proprietari yang terdiri daripada Niasinamida, Adenosina, Pearles Rosée dan Peptida Omija – masker muka ini membantu menyokong keserian dan kecerahan kulit. 


Masker Muka Vitamin Pengental 

Bagi mereka yang mempunyai tekstur kulit yang normal, kering atau kasar, Masker Muka Vitamin Pengental dapat membantu mengentalkan dan menyihatkan kulit. Masker muka ini diperkayakan dengan serum dan bersertakan Vita-Lift Complex - campuran proprietari yang merangkumi Niasinamida, Adenosina, Biji Lupin dan Ekstrak Ginseng Hitam. Masker Muka Vitamin Pengental ini menyokong ketegangan dan keanjalan kulit, serta menawarkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita. 

Untuk maklumat lanjut tentang Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com

Untuk maklumat lanjut tentang program Diva Kurus di bawah kelolaan Nourul Depp, sila layari team.divakurus.com

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!