BLACKMORES RANGKUL ANUGERAH TRUSTED BRANDS MALAYSIA 2023


BLACKMORES, syarikat penjagaan kesihatan semula jadi terkemuka Australia yang ditubuhkan pada tahun 1930-an oleh Maurice Blackmore, adalah terkenal dengan kualiti yang tinggi serta pendekatan holistiknya untuk kesejahteraan. 

Dengan warisan yang menjangkau lebih 90 tahun, jenama itu kekal komited dalam mengamalkan prinsip naturopati dalam proses menghasilkan produk suplemen berkualiti tinggi yang bermanfaat untuk tubuh badan dengan khasiat penyembuhan yang diperolehi dari alam semula jadi.

Penekanan jenama kepada kualiti dan keberkesanan produk, seiring dengan dedikasi terhadap kepuasan pelanggan telah membawa kepada satu lagi pencapaian penting bagi syarikat ini iaitu pengiktirafan Anugerah Platinum untuk Trusted Brand (Jenama Paling Dipercayai) Malaysia 2023 buat kali kesembilan dalam kategori suplemen kesihatan dan vitamin.

Anugerah ini memperkukuhkan lagi kepercayaan warga Malaysia kepada jenama BLACKMORES sebagai pilihan yang bernilai untuk wang, dan boleh dipercayai. 

“Kami amat berbangga dengan kualiti produk dan perkhidmatan kami, sekali lagi diiktiraf sekali dengan anugerah ini. Ia mencerminkan dedikasi yang berterusan BLACKMORES ke arah kecemerlangan. Kami menghargai sokongan warga Malaysia yang memilih jenama kami sebagai pilihan utama yang boleh dipercayai.” kata En. Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura.

Kredibiliti anugerah tersebut dihasilkan daripada tinjauan bebas yang melibatkan lebih 8000 pengguna dalam pasaran utama Asia. Para responden diminta untuk menilai jenama-jenama berdasarkan enam ciri utama, iaitu kebolehpercayaan, kualiti, nilai, kefahaman terhadap pelanggan, inovasi, dan tanggungjawab sosial. Penarafan akhir kemudiannya ditentukan dengan mendarabkan undi dengan skor atribut purata, bagi memastikan keputusan yang tepat bari segi objektif dan statistik. 

Komitmen BLACKMORES yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dicerminkan dalam proses-proses yang terbukti berkesan untuk menentukan dos optimum dalam setiap kapsul, menjadikannya salah satu daripada banyak sebab ramai pengguna meletakkan kepercayaan mereka kepada jenama tersebut. Selain itu, BLACKMORES mengutamakan pemilihan bahan aktif yang berkualiti untuk memastikan penyerapannya ke dalam badan tanpa kesan yang memudaratkan. Setiap produk juga dihasilkan dengan bahan mentah dari sumber yang berkualiti dan boleh dipercayai dari serata dunia, mematuhi piawaian pengilangan Australia dan lulus lebih daripada 30 ujian kualiti yang ketat. 

Selain itu, dedikasi jenama terhadap inovasi terserlah melalui penghasilan produk-produk baharu tahunannya, yang tercipta berdasarkan penyelidikan dan penemuan saintifik yang terkini. Pada tahun 2018, BLACKMORES telah melabur lebih 74 ujian klinikal, projek penyelidikan, dan aktiviti ilmiah dalam usaha kerjasama dengan institusi pendidikan dan penyelidikan yang ternama di seluruh Asia Pasifik.

Sebagai pemain industri terkemuka, BLACKMORES juga menumpukan perhatiannya untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat. Jenama ini secara aktif menyepadukan usaha kelestarian di seluruh operasinya dan memberi sumbangan semula kepada komuniti setempat. 


Bagi menghargai sokongan para pelanggannya, BLACKMORES Malaysia telah mengumumkan beberapa aktiviti promosi istimewa di bulan Merdeka. Mulai 1 Ogos, para pelanggan layak menerima produk BLACKMORES percuma dengan setiap pembelian RM 66. Tambahan pula, kepada mereka yang berminat boleh ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi untuk kemas kini mengenai peraduan media sosial yang akan diadakan.

Untuk maklumat lanjut produk penjagaan kesihatan semula jadi BLACKMORES, sila layari blackmores.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3