KENGERIAN THE CONJURING UNIVERSE TOUR AKAN TIBA KE THE CURVE OGOS INI


Bersedialah untuk memulakan pengembaraan yang menggerunkan bersama The Conjuring Universe Tour, satu pengalaman seram imersif serba baharu yang menampilkan suasana ngeri yang diinspirasikan daripada babak-babak ikonik filem seram popular New Line Cinema termasuk The Conjuring, Annabelle dan The Nun.

The Conjuring Universe Tour akan ‘merasuk’ di the Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia mulai 26 Ogos hingga 19 November.


Sebuah produksi oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, dengan kerjasama AM PM (HK) dan Ace Media Network, The Conjuring Universe Tour bakal menampilkan 20 zon yang sarat dengan kejutan yang menyeramkan di alam The Conjuring, termasuk The Carta Monastery daripada The Nun serta The Warren’s Artifact Room daripada siri filem The Conjuring dan Annabelle Comes Home.


Tiket ke The Conjuring Universe Tour boleh didapati menerusi laman web rasmi di www.theconjuringtour.com serta KLOOK, IncuTix dan e-dompet utama melalui WeTix pada harga berikut:

● Tiket Siang Isnin-Jumaat (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM80
● Tiket Malam Isnin-Jumaat (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM95
● Tiket Siang Hujung Minggu (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM95
● Tiket Malam Hujung Minggu (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM110
● Flexi Ticket Bundle (Antara 11 pagi hingga 10 malam) berserta satu patung kecil POP MART Blind Box: RM170
● Lawatan Kumpulan Persendirian (Semua hari pada bila-bila masa, janji temu sahaja) untuk maksimum 12 orang: RM1,050


Dapatkan tiket anda apabila jualan bermula pada 1 Ogos dan nikmati diskaun 17% untuk Flexi Ticket Bundle atau diskaun 10 peratus untuk tiket standard sehingga 25 Ogos.

Oleh kerana tema seram, pengunjung di bawah umur 15 tahun harus ditemani oleh seorang dewasa yang akan bertanggung jawab sepenuhnya untuk memantau  mereka sepanjang lawatan.

Kongsikan pengalaman ini di laman sosial anda dengan tanda pagar #TheConjuringTourMY dan jangan lupa ikuti @theconjuringtour di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!