VIU MALAYSIA RAIKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN DENGAN VIU LOKAL LAH!


Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan kempen Viu Lokal Lah!. Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu dalam menyokong industri seni tanah air melalui penyiaran kandungan tempatan dan juga penerbitan Viu Original.

Sepanjang bulan Ogos ini, Viu telah menayangkan pelbagai drama dan filem tempatan termasuklah drama Viu Original yang terbaru dan yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di pelbagai peringkat. Antara drama yang ditayangkan adalah I Love You, Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty (Malaysia), Keluarga Baha Don musim 1-3, Black dan antara filem yang ditayangkan adalah Pekik, Roh, Mukhsin dan banyak lagi.*

Kempen ini bakal melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak pada 31 Ogos 2023 bertempat di LaLaport BBCC bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam. Viu Lokal Lah! Live Showcase yang dipersembahkan oleh Vivo Y78 5G ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi popular tempatan antaranya Bunkface, Saixse, Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno dan Fimie Don.

Viu Lokal Lah! Live Showcase ini turut menampilkan barisan pelakon Viu seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Viu-ers boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan bermula pada jam 4 petang termasuk mengunjungi gerai dari vendor tempatan Hausboom dan Empayar Kuku Besi serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan sesi meet & greet bersama pelakon Viu.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Viu Malaysia.

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!