SUPER™ KLASIK BAHARU: KOPI HITAM SEGERA KHAS UNTUK CITA RASA RAKYAT MALAYSIA
SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.
SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.
Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang pekat mengancam dan beraroma supaya kepaduan kopi masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimer.”
Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”
SUPER™ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama - beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan.
“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.
Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat).
SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari https://www.facebook.com/supermalaysia.
Comments
Post a Comment