PELAKON TERKENAL HK MICHELLE YIM HADIRI PAMERAN KESIHATAN TIDUR BANTU KETENGAHKAN ISU INSOMNIA YANG KIAN MENINGKAT


AmLife International Sdn Bhd hari ini menganjurkan pameran kesihatan tidur bertema “Tidur Demi Penampilan Lebih Muda dan Sihat!” untuk menangani masalah tidur yang kian meningkat dan memperlihatkan hubung kaitnya dengan penuaan dan penyakit di One World Hotel.

Ramai rakyat Malaysia mengalami pelbagai bentuk gangguan tidur, yang paling umum insomnia (kesukaran tidur) yang semakin ketara di negara ini. Laporan media mendapati bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur. Purata rakyat Malaysia tidur hanya kira-kira 6 jam atau kurang (pakar mengesyorkan tidur 7 – 9 jam semalam) dan 4 daripada 10 mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk melelapkan mata. Seramai 6 daripada 10 rakyat Malaysia mendakwa bahawa mereka menjalani gaya hidup kurang sihat dan meluangkan terlalu banyak masa menggunakan telefon, menyebabkan mereka mengalami masalah tidur atau sukar tidur lena.

Menurut En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, sesungguhnya pendidikan tidur kini semakin penting kerana gangguan tidur boleh mencetus pelbagai masalah kronik termasuk diabetes Jenis 2, penyakit kardiovaskular, obesiti (kegemukan), kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan (daya tahan lawan penyakit). Oleh kerana rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sibuk, tidak mengamalkan pemakanan sihat dan sewajarnya serta kurang bergerak, faktor-faktor ini menjadikan pelbagai penyakit moden yang lebih teruk.

“Secara beransur-ansur, kekurangan tidur boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, menjejaskan sistem imun dan fungsi keseluruhan seseorang dan mempercepatkan penuaan,” kata Lew. Pasukan penyelidikan di University of California, Los Angeles mendapati bahawa gangguan tidur pada waktu malam walaupun buat sementara boleh mengaktifkan gen yang berkaitan penuaan biologi dalam kalangan dewasa lebih berusia. Penemuan ini menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko penyakit kronik yang “mengaktifkan laluan molekul pencetus penuaan biologi.”


Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan tidur dalam kalangan orang ramai, AmLife telah melantik pelakon veteran popular Hong Kong, Michelle Yim untuk membantu mempromosikan inisiatif kemasyarakatan ini. Michelle, yang telah membina kerjaya cemerlang di kaca TV memperlihatkan keremajaan semula jadi, kecantikan dan kesihatan, yang ditampilkannya secara konsisten sepanjang tempoh 5 dekad lepas.

Selain daripada menyentuh tentang kepentingan tidur dan tip antipenuaan, Michelle berkongsi pengalaman menggunakan teknologi tidur AmLife - AmLife DeepZleep AmSonic – iaitu teknologi tidur regeneratif unik dari Jepun yang menggandingkan Terapi Keupayaan Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba – menjadikannya terapi tidur regeneratif pertama bagi kesejahteraan fizikal dan kerohanian yang membolehkan anda memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan semasa anda tidur.

Michelle juga akan membintangi video komuniti AmLife, yang menggalakkan kesihatan tidur dan antipenuaan, yang boleh ditonton oleh orang ramai pada bulan September.

Michelle berkata, “Sememangnya kita perlu memberi perhatian menjaga kesihatan. Makan secara sihat, jangan tidur lewat dan kerap bersenam. Dalam dunia masa kini yang sibuk, semua orang menghadapi tekanan besar. Oleh itu kita perlu memupuk tabiat yang baik untuk kekal sihat sejak usia muda lagi. Jangan berlengah untuk menjaga kesihatan atau menunggu sehingga anda lebih tua … kerana anda mungkin sudah mula mengalami banyak masalah pada waktu itu.

Mengenai kerjasama dengan AmLife, pandangan saya selaras dengan konsep syarikat ini menjaga kesejahteraan menerusi kesihatan tidur! “Saya sukacita untuk berkongsi ilmu kesihatan tidur kerana ramai yang mengabaikan amalan tidur yang baik. Cuba dapatkan penyelesaian untuk tidur lebih lena jika anda mengalami gangguan tidur. Selepas saya menggunakan DeepZleep AmLife – AmSonic selama hanya seminggu, semua orang ada menyebut bahawa keadaan minda saya lebih baik. Saya tidur nyenyak setiap maIam dan terasa sihat dan segar. Saya juga mendapati keadaan dan penampilan kulit wajah saya bertambah baik,” ujar Michelle.

Di acara tersebut, Dr. Choo Hao Jian, doktor yang mengkhusus dalam bidang geriatrik dan ubat regeneratif hadir untuk berkongsi ilmu tentang penuaan dan tidur, dan memberikan petua untuk awet muda dan kekal sihat secara semula jadi, walaupun pada usia emas.

AmLife telah mendidik dan membantu insan tidur lebih nyenyak dan meningkatkan kesihatan menerusi teknologi keupayaan elektrik dari Jepun dalam tempoh 20 tahun lepas. “Walaupun selama ini kami menyediakan teknologi kesihatan tidur, pada hari ini kami teruja untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal sihat sambil mereka duduk atau bersantai di mana sahaja mereka berada dalam program terbaharu kami!,” kata Lew.

DZ Lite serba baharu yang dilancarkan hari ini adalah ringan, mudah alih, senang dan mudah digunakan dalam mod duduk. Produk inovatif ini yang boleh digunakan di mana sahaja anda berada untuk menulenkan darah menerusi terapi keupayaan elektrik, menghilangkan sekatan titik meridian dan melancarkan aliran darah bagi menambah baik kesihatan seseorang. Kami juga bekerjasama dengan beberapa cawangan profesional dan runcit di Malaysia dalam “konsep silang” – termasuk di kafe, gimnasiunm, salon dandanan rambut dan kecantikan serta pejabat, untuk membolehkan anda berbaring di atas DZ Lite dan memulihkan badan anda – dengan matlamat menangani ancaman kesihatan akibat gaya hidup tidak aktif.

Kami akan terus berusaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati penyelesaian tidur dengan cara yang mudah didapati dan menyenangkan, sambil memenuhi matlamat untuk menjalani kehidupan yang lebih muda, sihat dan cergas,“ ujar En. Lew.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.amlife.com.my.

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!