ACARA ‘GO AKTIF DENGAN DAIA’ MEMUPUK GAYA HIDUP AKTIF BERSAMA DUTA JENAMA LISA SURIHANI


Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, menganjurkan larian mesranya yang pertama dengan tema “Go Aktif dengan Daia”. Acara ini diatur khusus bagi membolehkan ahli keluarga berkumpul bersama-sama dalam suasana riang, gembira dan penuh kemesraan. 

Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut menyertai acara itu menekankan kepentingan gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan. Beliau turut menunjukkan bagaimana pemakai hijab dan keluarga boleh kekal segar sepanjang hari walaupun sentiasa bergerak aktif, dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi bagi mengawal bau peluh.

Berjaya menarik penyertaan lebih 3,300 peserta, acara ‘Go Aktif dengan Daia’ menyajikan hari yang penuh dengan aktiviti menarik yang menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama. Tumpuan utama acara tersebut ialah Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pemakai hijab dan keluarga mereka. Menerusi produk berinovasi ini, Daia menawarkan pilihan yang mudah dan praktikal kepada pengguna di mana mereka hanya memerlukan satu penyelesaian sahaja untuk mencuci hijab serta pakaian seisi keluarga. Formulasi kawalan bau peluhnya yang terkini berupaya menghapuskan bau peluh semasa cucian dan meneutralkan bau semasa pemakaian, memberikan kesegaran sepanjang hari. Ia menangani keperluan unik pemakai hijab dan keluarga mereka, membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan.

“Kami teruja dengan sambutan yang menggalakkan untuk acara ‘Go Aktif dengan Daia’ ini,” kata Pengarah Urusan Gentle Supreme Sdn Bhd, Mr Effendi. “Sememangnya, acara ini sangat menggembirakan apabila melihat begitu banyak keluarga hadir bersama-sama bagi meraikan gaya hidup aktif sambil menikmati detik-detik gembira dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami di Daia, memahami betapa pentingnya untuk kita berbau harum dan kekal segar, terutamanya untuk pemakai hijab semasa bergerak aktif. Menerusi produk berinovasi ini, kami komited untuk memberikan penyelesaian yang mudah dan berkesan bagi mengawal bau peluh, mempromosikan gaya hidup aktif sambil memastikan pemakai hijab dan keluarga mereka kekal selesa dan yakin sentiasa,” tambah beliau.

Acara ‘Go Aktif dengan Daia’ telah berlangsung dengan jayanya, menerima maklum balas yang positif daripada semua hadirin dan peserta. Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut berkongsi keterujaan beliau terhadap acara tersebut menyatakan betapa beliau amat menghargai nilai gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan yang dititikberatkan oleh Daia. Acara itu menandakan satu lagi pencapaian Daia dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian kepada pencucian pakaian dan penjagaan rumah yang berkualiti tinggi di samping mencipta pengalaman bermakna yang dapat memberikan inspirasi kepada keluarga dan individu untuk kekal aktif.

Daia Hijab All Day Freshness ialah detergen pencuci pakaian yang termaju, yang diformulasikan dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh memberikan prestasi standard tertinggi kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh semasa cucian serta meneutralkan bau ketika dipakai. Ia menjadikan hijab dan pakaian anda bersih dan kekal segar sepanjang hari, walaupun semasa anda bergerak aktif.

Produk ini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair, yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan di dalam rumah. Ini menjadikan ia produk yang serba guna dan pilihan yang praktikal untuk pengguna yang inginkan hijab dan pakaian keluarga mereka kekal segar dan selesa sepanjang hari.

Comments

Popular posts from this blog

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3