NIKMATILAH KEENAKAN HIDANGAN AYAM TANPA TULANG KYOCHON 1991 BAHARU

KyoChon 1991 telah melancarkan menu baharunya yang menampilkan daging ayam tanpa tulang! Rangkaian baharu ini menyajikan hidangan-hidangan berasaskan ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada daging peha ayam yang lembut dan enak.

Jom beramai-ramai ke restoran KyoChon 1991 untuk menikmati cita rasa ayam goreng Korea, yang lebih mudah untuk dinikmati tanpa tulang.


1) KyoChon Dosirak

Kotak makan tengah hari Korean ini menampilkan 4 ketul daging ayam tanpa tulang, japchae, salad, nasi kukus, dan setengah biji telur rebus. Anda boleh memilih perisa mengikut selera anda: Soy Garlic, Red Pepper, Mixed, atau Shinhwa. Hidangan Ala Carte KyoChon Dosirak berharga RM22.95, manakala  Combo dengan sebotol ai mineral 250ml berharga RM24.95.


2) Boneless Chicken Bites (6pcs & 10pcs)

Boneless Chcken Bites KyoChon 1991 adalah ketulan daging ayam yang enak, rangup di luar tetapi lembut di dalam. Tersedia dalam empat perisa istimewa  KyoChon 1991 - Soy Garlic, Red Pepper, Mixed, dan Shinhwa, Boneless Chicken Bites adalah snek yang enak, boleh didapati dengan harga - 6 ketul untuk RM20.95 dan 10 ketul untuk RM29.95.


3) Boneless Chicken Bibimbap

Jamu selera anda dengan Boneless Chicken Bibimbap KyoChon 1991 yang baharu! Hidangan yang lazat ini diperbuat mengunakan sayuran hijau segar, telur goreng, dan ketulan daging ayam tanpa tulang, dan dihidangkan dengan sos istimewa KyoChon 1991. Pilih perisa ayam Soy Garlic atau Red Pepper mengikut selera anda.

Boneless Chicken Bibimbap berharga RM25.95. 


4) Boneless Chicken Cup-Bap & Salad Cup

Jangan biarkan jadual harian yang sibuk menghalang anda daripada menikmati hidangan ayam goreng Korea kegemaran ada. Nikati keenakan ayam goreng tanpa tulang KyoChon 1991 secara on-the-go dengan Boneless Chicken Cup-Bap & Salad Cup! Pilihlah di antara ayam Soy Garlic atau Red Pepper, dan nikmatinya sama ada dengan nasi kukus atau salad.

Harga Boneless Chicken Cup-Bap & Salad Cup adalah RM13.95!


Selain daripada menu istimewa  tersebut, KyoChon 1991 juga menawarkan 2 promosi istimewa sempena pelancaran Boneless Chicken Series!
  1. “Buy 6 FREE 4 Boneless Chicken Bites” Deal
  2. Promosi Hari Kemerdekaan  – Percuma “6pcs Boneless Chicken Bites (bernilai RM19.95)” dengan pembelian RM66 dalam satu resit
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kyochon.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!