EVA AIR LANCAR KEMPEN ‘ELEVATING YOUR EXPERIENCE’
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’, yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai satu pengalaman penerbangan yang luar biasa. Kempen ini dirancang khas untuk pelancong Malaysia yang mengidamkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah.
Seiring dengan perkembangan landskap pelancongan, EVA Air menyedari semakin pentingnya perjalanan yang berkualiti dan bermakna. Justeru, kempen ‘Elevating Your Experience’ diilhamkan untuk memberi inspirasi dan meningkatkan pengalaman deria serta nilai-nilai yang dititikberatkan oleh pengembara moden.
Dengan hospitaliti Taiwan yang mesra, EVA Air turut memperkenalkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke beberapa bandar di Eropah melalui Taiwan iaitu Milan, Munich, Paris, Vienna, London, dan Amsterdam.
Pengurus Besar EVA Air Malaysia, Encik Jack Tseng berkata, “Dengan kempen ‘Elevating Your Experience’, kami menjemput rakyat Malaysia untuk merasai satu pengalaman penerbangan yang luar biasa. Kami amat berbesar hati untuk memberi inspirasi dan menyemarakkan semangat para pengembara kami, dengan memastikan setiap penerbangan dengan EVA Air satu perjalanan yang penuh penerokaan, keselesaan dan keterujaan.”
Syarikat Penerbangan yang Memenangi Pelbagai Anugerah
Kempen ‘Elevating Your Experience’ turut menunjukkan perkhidmatan penumpang yang taraf dengan pelbagai anugerah dimenanginya, yang merangkumi kualiti perkhidmatan, keselamatan, inovasi dan santapan dalam penerbangan. EVA Air turut berbangga dengan pencapaiannya sebagai satu-satunya syarikat penerbangan Taiwan yang memegang pensijilan Syarikat Penerbangan 5 Bintang SKYTRAX yang berprestij untuk beberapa tahun berturut-turut. Dedikasinya terhadap keselamatan penumpang telah menjadikannya dinobat sebagai antara 20 Syarikat Penerbangan yang Paling Selamat di Dunia sejak sepuluh tahun yang lalu. Selain itu, EVA Air berusaha mencipta pengalaman penumpang yang tidak dapat dilupakan dengan inovasi canggih dan bekerjasama dengan cef-cef tersohor bagi menaik taraf hidangan.
● Pensijilan Syarikat Penerbangan 5 Bintang SKYTRAX: EVA Air berjaya merangkul Pensijilan Syarikat Penerbangan 5 Bintang SKYTRAX yang berprestij untuk lapan kali berturut-turut. Ia merupakan antara 10 syarikat penerbangan di seluruh dunia serta satu-satunya syarikat penerbangan Taiwan yang menerima pengiktirafan ini.
● Keselamatan dan Kebolehpercayaan Penumpang: EVA Air diiktiraf oleh AirlineRatings.com sebagai antara 20 Syarikat Penerbangan Paling Selamat di Dunia sejak sepuluh tahun lalu, sekali gus menonjolkan komitmennya terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan penumpang.
● Inovasi dan Pengalaman Digital: Dengan menumpukan fokus pada inovasi, EVA Air mengintegrasi teknologi terkini untuk menaik taraf pengalaman digital penumpang, melalui daftar masuk automatik serta bahan bacaan elektronik dalam penerbangan.
● Tawaran Hidangan Gourmet: Untuk menaikkan taraf hidangan, EVA Air bekerjasama dengan Chef Nakamura dan Chef Paul Lee yang mendapat pengiktirafan Michelin, serta cef selebriti gourmet Cina yang terkenal, Ching-Biao Huang, Juara Barista Dunia, Berg Wu dan Juara Piala Brewers Dunia, Chad Wang. Malah, hidangan istimewa seperti vegetarian dan pilihan Halal boleh ditempah awal di evaair.com bagi memenuhi selera dan keperluan unik setiap penumpang.
Peraduan ‘Spot the Truck, Catch the Luck’
EVA Air akan memperkenalkan syarikat penerbangan 5 bintang imej dengan ‘Augmented Reality (AR) Truck’, yang bakal ditempatkan di The Starhill, Bukit Bintang (24 – 27 Ogos) dan The Sphere, Bangsar South (28 Ogos) dari 10 pagi hingga 10 malam.
Langkah-langkah untuk menang
- Langkah 1: Mengimbas kod QR untuk penapis Instagram kami dan memulakan ‘pengembaraan’ anda, dalam Elevator EVA Air Adventures.
- Langkah 2: Mencipta dan mengkongsi IG story unik anda dengan sebutan @evaairmy dan tanda pagar #elevatingyourexperience.
- Langkah 3: Menghasil “highlight” baharu dengan label #elevatingyou untuk IG story tersebut dan ingat untuk menukar tetapan profil anda jadi umum.
- Langkah 4: Mengimbas kod QR pada kad lipat untuk borang peraduan. Isikan butiran anda dan jawab soalan: Apakah tiga destinasi yang ditunjukkan dan yang mana satu destinasi kegemaran anda?
Selepas melengkapkan langkah-langkah tersebut, anda akan menerima satu kad Boarding Pass. Anda akan menerima notifikasi jika menang.
Comments
Post a Comment