JUARA-JUARA KEMBALI BERENTAP DI ‘ALL STARS GEGAR VAGANZA’

 

Sedekad bergemerlapan di pentas nyanyian terbesar di Malaysia and serantaunya, Astro meraikan ulang tahun kesepuluh ‘Gegar Vaganza’ (GV) dengan musim baharu yang terdiri daripada pemenang-pemenang ‘GV’ terdahulu.

Mereka adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Manakala lima penyanyi dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian para peminat bermula 29 Ogos 2023 di laman sesawang www.astrogempak.com/gegarvaganza. Undian akan ditutup pada 10 September 2023, 11.59 malam.

Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan para peminat, ‘GV’ kali ini semestinya lebih sengit kerana para peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara. Kegemilangan musim kesepuluh menampakkan keinginan Astro untuk mencabar penyanyi-penyanyi tersohor rantau ini lantas menobatkan juara di kalangan juara dan jua pilihan peminat untuk musim ini.

Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.

‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, “Siapakah yang terbaik antara yang terbaik? Itulah persoalan yang amat mengujakan ramai peminat industri muzik tanahair. Bayangkan betapa gahnya apabila kesemua juara ‘Gegar Vaganza’ serta pilihan peminat dihimpunkan sekali untuk merebut takhta juara ‘All Stars Gegar Vaganza’."

"Inilah pertempuran realiti nyanyian yang tiada bandingan. Hampir kesemua mereka sudah merasai kejuaraan ‘Gegar Vaganza’, dan mereka kembali malah mengetahui bahawa pertandingan kali ini tidak mudah, dipenuhi dengan cabaran sengit. Astro amat berbangga kerana mampu membawa kesemua juara kembali serta memberikan para peminat peluang untuk mengundi peserta-peserta terdahulu untuk bertanding sekali lagi bersama barisan juara. Ternyata pilihan para peminat bakal membawa fan favourites malah dark horses ke musim ini. Mungkinkah mereka yang pernah terlepas kejuaraan mampu menembus kekalahan yang lalu?" tambah beliau."

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.


‘All Stars Gegar Vaganza’ akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

‘All Stars Gegar Vaganza’ juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!