FOLLOW ME™ LANCARKAN INOVASI PENJAGAAN RAMBUT DALAM SYAMPU HIJAB MICELLAR TERBAHARU


FOLLOW ME™ kini memperkenalkan syampu terbaru Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo, menerusi kempen Agenda Cool and Fresh (Agenda Dingin dan Segar), kempen yang bertujuan menggalakkan gadis-gadis muda untuk 'Jom Follow Me' (Jom Ikut Saya) bagi mendapatkan keharuman, kesegaran dan keselesaan berpanjangan yang membolehkan mereka memulakan setiap hari dengan penuh yakin.

Diformulasi dengan ekstrak Habbatus Sauda, limau nipis, dan minyak zaitun, FOLLOW ME™ Hijab Micellar Cool & Fresh adalah produk penjagaan rambut terbaru yang membantu memberi perlindungan dan kesegaran yang berpanjangan kepada rambut dan juga kulit kepala. Syampu ini memanfaatkan khasiat ekstrak-ekstrak tumbuhan semula jadi untuk memberikan kesegaran serta-merta dengan haruman bunga dan buah yang kekal berpanjangan sehingga 48 jam*. Dengan formula mentol diperkaya dengan ekstrak limau, syampu ini memastikan kulit kepala segar dengan sensasi sedingin ais dan menjadikan ia sangat sesuai untuk memulakan hari dengan selesa bagi menghadapi cuaca panas di Malaysia ini. Dengan formula teknologi Micellar unik, syampu yang mendapat persijilan status halal ini bertindak menyingkirkan sebarang kotoran, minyak lebihan, serta bau kepam setelah seharian berhijab untuk pembersihan sempurna dan menyeluruh. Selain daripada membersihkan kotoran dan minyak pada rambut dan kulit kepala, syampu berformulasi dingin ini memberikan rasa segar dingin disamping haruman yang kekal berpanjangan sehingga 48 jam*.

Kelaziman pada wanita yang menghadapi masalah kulit kepala yang berminyak, kegatalan kulit kepala, keguguran rambut, akar rambut yang lemah serta pelbagai lagi masalah terutamanya untuk yang berhijab. Ditambah dengan cuaca yang panas dan gaya hidup yang aktif, kulit kepala dan rambut yang tertutup dalam keadaan yang lama boleh mengakibatkan kegatalan serta rambut berbau. Untuk membantu menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala, FOLLOW ME™ melancarkan kempen Agenda Cool and Fresh dimana setiap wanita berhak untuk tampil segar, harum, dan selesa sehingga 48 jam* bersama rangkaian penjagaan rambut terbaru FOLLOW ME™ Hijab Micellar.

FOLLOW ME™ juga tampil dengan wajah baru untuk rangkaian produk penjagaan rambut Hijab Micellar yang bertindak menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala yang dihadapi wanita berhijab. Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo berfungsi meredakan kegatalan kulit kepala dan anti kelemumur, Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut, dan Hijab Anti-Frizz Hijab Mist dan Hijab Soft & Voluminous Hijab Mist menampilkan rambut lebih bersinar, lembut dan terurus serta aroma buah-buahan manis dan menenangkan. Rangkaian penjagaan rambut FOLLOW ME™ Hijab Micellar diformulasi dengan teknologi Micellar dan ekstrak tumbuhan semula jadi yang menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala serta memberi pengguna aroma kesegaran yang serta-merta dan berkekalan sehingga 48 jam*.

"FOLLOW ME™ merupakan jenama yang dikenali ramai sejak turun-temurun. Dengan pelancaran rangkaian Hijab Micellar Cool & Fresh terbaharu, kami mengambil peluang ini untuk menunjukkan dedikasi kami untuk melancarkan produk berinovasi dan berguna untuk pelanggan setia FOLLOW ME™ kata Patrick Ee, Pengurus Besar Tohtonku Malaysia & Singapura. “Menerusi penyelidikan dan kefahaman pasaran, kami mencipta produk yang menyelesaikan masalah rambut yang dialami pengguna kami. Dalam pada itu, formulasi yang diperbaharui dengan teknologi Micellar memberi kesegaran dan keselesaan untuk wanita, terutama yang berhijab untuk tampil segar, harum dan selesa serta yakin sepanjang hari,” tambahnya.

FOLLOW ME™ Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo


FOLLOW ME™ Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo; Formulasi syampu terunggul yang diperkaya dengan ekstrak Teh Hijau & Habbatus Sauda untuk menguatkan akar rambut dan membantu menyelesaikan masalah kekeringan rambut untuk menampilkan rambut yang licin beralun. Syampu ini juga mengandungi mentol untuk memberikan rasa dingin yang menyegarkan kulit kepala. Ekstrak Limau & Minyak Zaitun menghidratkan dan melembapkan kulit kepala untuk rambut yang lebih sihat bersinar.

FOLLOW ME™ Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo


FOLLOW ME™ Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo; Rangkaian penjagaan rambut yang menggunakan khasiat kebaikan buah delima, diformulasi dengan teliti untuk meredakan kegatalan kulit kepala dan anti-kelemumur, memberikan rasa segar dan selesa. Diperkaya dengan zink pirition (ZPT) yang membersihkan sisa pengelupasan dan menangani masalah kelemumur untuk kulit kepala yang sihat dan segar.

FOLLOW ME™ Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo


FOLLOW ME™ Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo; Rangkaian penjagaan rambut yang diperkaya dengan khasiat buah tin, yang membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Rangkaian FOLLOW ME™ Hijab Micellar terbaru boleh didapati dalam botol 320ml dan 650ml, serta masing-masing dijual pada harga RM12.50 dan RM21.90.

FOLLOW ME™ Anti-Frizz Hijab Mist dan FOLLOW ME™ Soft & Voluminous Hijab Mist


FOLLOW ME™ Anti-Frizz Hijab Mist dan FOLLOW ME™ Soft & Voluminous Hijab Mist; Semburan rambut yang diperkaya dengan Pro-Vitamin B5, Teh Hijau, dan Habbatus Sauda untuk membantu menangani masalah kulit kepala gatal, dan menjadikan rambut lebih lembut, bersinar dan terurus. Produk ini juga mengandungi ekstrak Buah Delima untuk mengurangkan kekusutan dan ekstrak Buah Tin untuk rambut yang lembut dan lebat.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangakaian produk FOLLOW ME™ dan Hijab Micellar, atau mengetahui selanjutnya tentang promosi dan penebusan, kunjungi laman web www.followme.com.my atau ikuti laman Facebook dan laman Instagram jenama ini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.