MEMPERKASA IMPIAN, MEMACU KEJAYAAN: IBU NAKHODA HIDUP 2023 RAIKAN PEMERKASAAN IBU USAHAWAN


WOMEN:girls, dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, dan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan bangganya mengumumkan kejayaan program Ibu Nakhoda Hidup 2023. 

Majlis yang diadakan di ibu pejabat MYDIN di Subang Jaya, merupakan bukti kecemerlangan dan komitmen organisasi-organisasi ternama ini dalam usaha memajukan dan memperkasa usahawan wanita, terutamanya dalam menaiktaraf ekonomi mereka di seluruh negara. 

Dilancarkan pada 2015, program Ibu Nakhoda Hidup ini diperkenalkan untuk memacu pemerkasaan, menyediakan ibu usahawan yang berdaya saing dengan kelengkapan dan ilmu pengetahuan, dan keyakinan yang utuh untuk terus melangkah jauh di tengah-tengah landskap perniagaan yang sentiasa berkembang pesat. Inisiatif ini juga mampu meningkatkan taraf hidup keluarga mereka dan komuniti setempat. 

“Kerjasama ini mencerminkan kejayaan dalam usaha pembangunan mampan, dan kami amat berbesar hati untuk memberi nafas baharu kepada kerjasama kami dengan Procter & Gamble (P&G) dan MYDIN dengan melancarkan semula program Ibu Nakhoda Hidup, selepas berehat selama dua tahun sejak dilanda pandemik. 

Program ini juga membuktikan kesedaran moral yang tinggi dikalangan rakan kongsi yang kami dihormati. Di WOMEN:girls, kami memahami bahawa memperkasa ibu usahawan bukan sahaja bermaksud memperkasa komuniti, bahkan ia sepatutnya menyumbang ke arah pertumbuhan masa hadapan generasi akan datang,” menurut Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinamik serta komited dalam usaha memupuk wanita menjadi suri teladan dan kanak-kanak sebagai agen perubahan. 

Inisiatif Ibu Nakhoda Hidup ditunjangi Tabung ‘Hulurkan Harapan’, tabung yang mempunyai matlamat untuk mendukung inisiatif sosial oleh P&G dan MYDIN, sedekad yang lalu, serta diiktiraf P&G. 

Bermula Mei hingga Jun tahun ini, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10 dari manamana pasar raya MYDIN dan karnival bergerak, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini. Sejak itu, sebanyak RM95,000 telah terkumpul. 

Melalui kutipan ini, setiap ibu usahawan dibantu dengan kelengkapan mengikut keperluan masing-masing, sama ada dalam bentuk barangan, perkhidmatan atau keperluan asas bagi menyokong perniagaan mereka. Setelah penilaian teliti dilakukan terhadap 104 yang ditemu bual di pelbagai lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sabah, dan Sarawak, enam ibu usahawan luar biasa telah dipilih sebagai peserta program untuk tahun ini. 

Mereka adalah Chendra Anak Bahak yang berasal dari Kuching, usahawan yang mengasaskan makanan tradisional Borneo di Semenanjung Malaysia; Yenny Jamrut, pengusaha cendol dari Sabah yang mahukan perkembangan inovasi; Mariani Idris, penggiat industri pertanian dari Kuching yang mempunyai pengetahuan lebih dua dekad tentang tumbuhan dan baja; Masinah, pembekal ikan masin dan udang kering yang berpangkalan di Sabah yang mempunyai impian untuk mengeksport produknya ke pasaran antarabangsa; Azmira Ali, mahir dalam penghasilan Sambal Penyet dan impikan perniagaannya berkembang menjadi perusahaan; dan Paremala Vanni, pengusaha bakeri dan tenaga pengajar mahir dalam bidang bakeri yang komited untuk berkongsi ilmu melalui kelas pembuatan kek dan bakeri. 

Komitmen berterusan P&G dalam usaha memperkasa usahawan wanita dan menggerakkan anjakan transformasi dapat dilihat melalui sokongan teguhnya terhadap inisiatif ini. 

Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura menyatakan, “Di P&G, kami komited untuk memperkasakan wanita dan memacu perubahan positif dalam komuniti. Kempen Ibu Nakhoda Hidup 2023 mencerminkan dedikasi kolektif kami untuk memperkasa wanita, memupuk pertumbuhan ekonomi, dan membina masyarakat yang lebih inklusif. Melalui kerjasama strategik seperti program Ibu Nakhoda Hidup, P&G memanfaatkan kepakaran dan sumbernya yang luas, menawarkan sokongan kewangan dan prospek peningkatan kemahiran yang tidak ternilai. Kami berharap dapat menyediakan asas yang kukuh untuk mereka mencapai kejayaan yang tertinggi. 

Dengan melengkapkan ibu usahawan dengan kemahiran untuk mengembangkan perusahaan mereka, kami berhasrat untuk memperkasa wanita-wanita hebat ini agar mereka terus berkembang maju sekaligus dapat meningkatkan pendapatan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam komuniti mereka. Kejayaan mereka akan menjadi contoh dikalangan wanita dan akan dapat memacu ke arah kitaran pelaburan semula dikalangan keluarga dan masyarakat.” 

Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, berkata, “MYDIN dengan besar hati meneruskan kerjasama dengan P&G Malaysia dan Singapura dan WOMEN:girls dalam memupuk dan memperkaya kemahiran keusahawanan ibu-ibu melalui program Ibu Nakhoda Hidup. Di MYDIN, kami komited untuk menggalakkan dan melengkapkan ibu usahawan dengan pendedahan, sumber dan persekitaran yang dapat memberi semangat untuk berkembang maju. Komitmen kami juga terzahir dengan sumbangan yang besar dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih komprehensif dan berkembang maju dan komitmen tinggi kami kepada usaha pemerkasaan wanita dan kemajuan ekonomi.” 


Program Ibu Nakhoda Hidup 2023 sekali lagi melambangkan dedikasi tidak berbelah bahagi WOMEN:girls, P&G, dan MYDIN, menyerlahkan keazaman ketiga-tiga organisasi untuk memperkasa usahawan wanita, menyemarakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak yang berkekalan dalam masyarakat Malaysia. 

Daripada penjual aiskrim sehingga guru muzik, inisiatif ini telah membantu 25 ibu usahawan di Malaysia, menangani cabaran untuk membina perniagaan dan meningkatkan kehidupan keluarga dan komuniti mereka. Majlis penutup Ibu Nakhoda Hidup 2023 menjadi bukti aspirasi, kerjasama dan komitmen kolektif WOMEN:girls, P&G, dan MYDIN dalam mengemudi transformasi yang berimpak besar dalam ekosistem keusahawanan Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Ibu Nakhoda Hidup WOMEN:girls dengan kerjasama P&G dan MYDIN, lawati laman sesawang www.womengirls.org atau hubungi WOMEN:girls melalui platform media sosial, Instagram (@womengirls), Twitter (@WOMENgirls_), Tiktok (@_womengirls) dan Facebook (@WOMENgirlsInspire).

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING