AMAZIN' GRAZE RAIKAN ULANG TAHUN KE-8 DENGAN PROMOSI DISKAUN SEHINGGA 50%


Amazin' Graze, rangkaian produk sarapan pagi sihat dan snek tempatan yang diasaskan oleh usahawan wanita meraikan hari ulang tahunnya yang ke-8 bulan ini. Bagi meraikan ulang tahun ini, pelbagai promosi hebat dengan diskaun sehingga 50% sedang rancak diadakan sepanjang bulan ini!

Sejak penubuhannya pada Ogos 2015, Amazin’ Graze telah berpegang kepada misi untuk menjadikan makanan yang lebih sihat boleh diakses oleh semua setiap hari. Dari permulaan yang sederhana dari dapur kecil, kini syarikat tersebut telah berkembang menjadi fenomena global, menyemarakkan minat terhadap granola semula jadi dan makanan ringan yang sihat di 10 buah negara.


Amazin' Graze dilahirkan daripada visi untuk merevolusikan tradisional makanan ringan, seperti granola dan campuran kacang, dengan menampilkan cita rasa berinspirasikan Asia seperti Kelapa, Pandan, Matcha, Kari dan Serai. Untuk membantu menangani isu pemakanan, gaya hidup dan diet yang semakin tidak sihat di Asia, Amazin' Graze telah memulakan perjalanan ke membawa perubahan positif dengan mencipta sajian yang berkhasiat dan lazat sebagai alternatif.


"Semuanya bermula di dapur kami sendiri, di mana kami merasakan dorongan yang kuat untuk membuat perubahan," kata pengasas Amazin' Graze, Amy dan Sabrina. "Di pasaran, kami tidak menemui sesiapa lagi yang membuat makanan ringan yang sihat dengan rasa sedap, jadi kami membuat keputusan untuk menghasilkannya sendiri."


Amazin' Graze kini telah berkembang maju dengan rangkaian produknya dengan memperkenalkan 7 kategori dan lebih 80 produk yang hebat! Khasiat dan keenakan produk Amazin Graze bukan sahaja dinikmati di negara Malaysia, malahan di Singapura, Hong Kong, Australia, Brunei, Korea Selatan, Taiwan, dan
Filipina.

Bagi menghargai sokongan daripada para penggemar produk ini, Amazin' Graze sedang menawarkan diskaun istimewa sepanjang bulan Ogos, dengan diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih.


"Pelanggan kami telah menjadi pendorong utama di sepanjang perjalanan syarikat kami sejak lapan tahun lalu," kata Amy Zheng, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Amazin' Graze. “Kami merasa amat berterima kasih ke atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada produk kami. Sertailah kami dalam meraikan ulang tahun kami yang ke lapan dan dapatkan produk-produk kami dengan harga diskaun yang hebat dan teruskan gaya hidup yang lebih sihat, " tambah beliau.


Untuk maklumat lanjut dan online shopping, sila layari https://www.amazingraze.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!