HALIDA RAMLEE MEMPERTARUHKAN "NYAWA" SEBAGAI SINGLE PERTAMA


HALIDA RAMLEE merupakan seorang penyanyi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian. Halida mula menyanyi di pentas seawal umur 5 tahun dan pada umur 15 tahun Halida sudah aktif menyanyi dikelab, lounge, majlis korporat sehingga sekarang. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berasal dari keluarga muzik, beliau mempunyai adik beradik serta arwah bapa yang merupakan pemuzik professional yang mana mereka aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang juga seluruh Malaysia. Halida menamakan Anita Baker dan Ziana Zain sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.

Halida pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat lebih komersil melalui sebuah program TV Astro iaitu 'All Together Now' musim kedua. Walaupun boleh menyanyi dalam pelbagai genre namun Halida mempertaruhkan 'NYAWA' sebagai single pertamanya yang berkonsepkan 'Pop Ballad' sesuai dengan citarasa penggemar muzik tanahair. 'Nyawa' hasil karya komposer Mim Hamzah/Sternistic Mike dan liriknya ditulis oleh Mim Hamzah/Ikhwani, mempunyai melodi yang sangat unik serta lirik yang membawa maksud mendalam. 

Dengan gabungan vocal Halida yang dikatakan 'Power House Singer' juga kawalan dinamik yang baik 'Nyawa' sebuah lagu yang mempunyai "Hook Line" dijangka akan menarik minat pendengar. Ditambah pula dengan susunan muzik bercitarasa pop moden yang tidak terlalu berat diharapkan dapat diterima oleh peminat muzik tempatan.

Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAP MUSIC dan pengurusan SHORELINE RESOURCES, Halida Ramlee sangat teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan single "Nyawa" khususnya pihak produksi. "Nyawa" akan dapat didengari melalui Digital Streaming Platforms (Youtube,SpotifyJoox,Dll) bermula pada 25 Ogos 2023.

IKUTI HALIDA RAMLEE :

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR