POS MALAYSIA MENYAMBUT ULANG-TAHUN KE-100 FUNIKULAR BUKIT BENDERA DENGAN PELANCARAN SETEM KENANG-KENANGAN & SAMPUL SURAT HARI PERTAMA


Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia dengan kerjasama Penang Hill Corporation (PHC) melancarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama untuk menandakan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera. 

Sambutan itu meraikan peristiwa penting bagi Funikular Bukit Bendera. Sejak penubuhannya pada 21 Oktober 1923, mod pengangkutan unik ini telah berkhidmat kepada lebih 47 juta pengunjung yang terdiri daripada pelancong tempatan dan antarabangsa, serta penduduk dan komuniti setempat bagi menikmati keindahan Bukit Bendera. Funikular Bukit Bendera berdiri megah sebagai mercu tanda yang unik dan merupakan hanya satu seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara. 

Pelancaran yang diadakan di Bukit Bendera telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan turut dihadiri oleh YB Tuan Lim Guang Eng, Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang bersama beberapa tetamu VIP termasuk YB Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, YBhg Dato' Cheok Lay Leng, Pengurus Besar Penang Hill Corporation, Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad dan Ismahari Alwi, Pengurus Besar Pos Malaysia Pulau Pinang. 

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad berkata, “Pelancaran edisi khas Setem Kenang-Kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera menjadi bukti dedikasi kolektif kami untuk memelihara warisan negara kita dan meraikan kemajuannya. Kami amat gembira kerana dapat merangkum sejarah funikular Bukit Bendera dan peranannya dalam menyatukan generasi dalam bentuk setem dan sampul hari pertama kami kerana ia menjadi peringatan terhadap daya tahan dan dedikasi kami menuju ke arah kemajuan.” 

“Sama seperti funikular Bukit Bendera yang telah bertahan selama 100 tahun, Pos Malaysia, dengan warisan yang menjangkau lebih dua abad; akan terus berkembang, menerima apa jua cabaran dan kekal setia kepada misi teras untuk memenuhi mandat kami kepada rakyat. Dalam setiap setem yang dikeluarkan, setiap bungkusan yang dihantar, dan setiap komuniti yang kami santuni, Pos Malaysia kekal teguh dalam tujuannya untuk membina kepercayaan dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang,” tambahnya. 

YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera ini telah dipertingkatkan melalui kerjasama antara PHC dan Pos Malaysia, yang didedikasikan untuk memelihara warisan kami dan berkongsi cerita melalui seni filateli.” 

“Koleksi ini dengan bangganya memaparkan reka bentuk yang cantik dan mewakili satu set item yang istimewa, termasuk tiga reka bentuk setem funikular, sampul surat hari pertama, lembaran mini, poskad dan folder. Ia merakam dan melambangkan detik-detik penting dalam seabad perjalanan Funikular Bukit Bendera,” tambahnya. 

Karya seni utama setem menampilkan tiga generasi funikular: funikular kayu generasi pertama, yang beroperasi dari tahun 1923 sehingga tahun 1977; funikular generasi kedua berwarna merah dan putih yang beroperasi dari tahun 1977 sehingga tahun 2010; dan funikular generasi ketiga trek tunggal, yang telah beroperasi sejak 2011 sehingga kini. 

Setem Kenang-Kenangan dan Sampul Hari Pertama edisi terhad boleh didapati secara dalam talian dan di pejabat pos terpilih di seluruh Malaysia mulai 22 Ogos 2023 pada harga RM64.20 untuk setiap set lengkap. 

Item-item yang ada terdiri daripada: 
  • Lembaran Setem Generasi Pertama : RM6.00 (RM0.30 x 20 setem) 
  • Lembaran Setem Generasi Kedua : RM12.00 (RM0.60 x 20 setem) 
  • Lembaran Setem Generasi Ketiga : RM26.00 (RM1.30 x 20 setem) 
  • Sampul Surat Hari Pertama beserta Setem : RM2.70 
  • Sampul Surat Hari Pertama beserta Lembaran Mini : RM5.50 
  • Lembaran Mini : RM5.00 
  • Poskad : RM1.00 
  • Folder : RM6.00
Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi melalui telefon di 03-2267 2000 atau e-mel pertanyaan anda ke filateli@pos.com.my. 

Ikuti perkembangan terkini dengan perkhidmatan, aktiviti dan kemas kini lain Pos Malaysia di pos.com.my, Facebook, Twitter, Instagram, Tik Tok, YouTube dan LinkedIn.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?