HARRIS BABA MEMBAWAKAN KONSERT ARMADA BAND – JANJI BAHAGIA DI KOTA KINABALU


Personaliti Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan Indonesia Armada Band ke Sabah bagi mengadakan konsert di sana. Berlangsung pada 4 November ini (Sabtu), 8 malam konsert Armada – Janji Bahagia akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC.


Konsert ini merupakan projek pertama Harris bersama isteri, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation. Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Syarikat ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah dan konsert ini merupakan konsert pertama anjuran mereka.


Menurut Harris Baba, mereka memilih Armada kerana kumpulan ini antara kumpulan Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu. Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi.

Tentang perancangan lanjut mengenai syarikatnya, Harris Baba berkata, mereka akan membawakan lebih ramai lagi artis luar negara untuk mengadakan persembahan di Sabah. Dalam pada itu mereka kini dalam perbincangan untuk membawakan band lain untuk mengadakan persembahan pada Januari 2024.


“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat-peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah. Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara live. Menurut Harris juga, mereka sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert ini.


Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet).





Untuk informasi terkini anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation .

Comments

Popular posts from this blog

COLUMBIA ASIA LANCAR HOSPITAL KE-18 DI MALAYSIA DI BUKIT JALIL

SIME DARBY MOTORS LANCAR BYD SEAL DI MALAYSIA DENGAN HARGA BERMULA DARIPADA RM179,800

KOLABORASI UNIK CUURA SPACE DENGAN KAR WAI CHAN DI SWOL CAFE, BANGSAR