DURIOO+ PERKENALKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI AI UNTUK MEMASTIKAN FILEM ANTARABANGSA SELAMAT UNTUK TONTONAN KANAK-KANAK MUSLIM


Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. 

Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk 'Cats The Movie'. Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tentang tayangan filem ini dari tempat lain, ini adalah kali pertama filem ini diolah sepenuhnya oleh Durioo+ untuk mengubah elemen-elemen filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim. 

Bront Palarae & Sinan Ismail

Filem yang berdurasi 105 minit penuh aksi menarik, ‘Cats The Movie’ ini telah diterbitkan oleh Light Chaser Animation Studios dan diarahkan oleh pengarah ternama, Gary Wang. 

Dengan bajet 10.5 juta USD, filem ini berjaya mengaut kutipan yang mengagumkan sebanyak 20.5 juta USD di pawagam. Mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan kucing dalam mencari ‘syurga’ kucing bernama Peachtopia, penyampaian jalan cerita ‘Cats The Movie’ yang penuh menarik bersama animasi yang berkualiti, menjadikannya satu pencapaian gemilang dalam dunia perfileman animasi. 

Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi adalah antaranya, Durioo+ memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik. 

Skrip dan usaha alih suara juga telah melalui olahan komprehensif dengan memasukkan nilai-nilai Islamik seperti ucapan “Allahu Akbar”, “Masha Allah” yang dituturkan oleh watak kucing utama. 

Misi Durioo+ adalah untuk melindungi kanak-kanak dari kandungan tidak baik yang berleluasa di internet, disamping menanam nilai-nilai Islam ke jiwa kanak-kanak melalui medium paling kerap mereka gunakan iaitu video. Oleh itu, adalah penting bagi Durioo+ untuk memastikan setiap video dan kandungan di platform ini sesuai untuk seluruh keluarga, disamping memiliki nilai-nilai positif serta sentiasa memberi manfaat kepada kanak-kanak. 

CEO Durioo+, Sinan Ismail, berkata, "Memang menjadi misi kami di Durioo+ untuk membina ummah beriman, berakhlak dan berilmu. Oleh itu, kami pastikan semua 5,500 konten di Durioo+ adalah selamat dan sesuai di tonton kanak-kanak. Tim Durioo+ berusaha keras untuk menghasilkan Durioo+ Originals dan mencari konten yang berkualiti dan bermanfaat untuk kanak-kanak " 

Sebelum ini, Durioo+ juga telah memperkenalkan beberapa filem lain (tempatan dan luar negeri), jadi ini bukanlah satu-satunya filem di platform Durioo+. Tetapi filem ‘Cats The Movie’ ini adalah satu-satunya filem yang telah menjalani olahan secara menyeluruh. 

Filem-filem lain yang boleh didapati di platform Durioo+ antaranya adalah 'Bilal: Lahirnya Wira Baharu', 'Tay', dan beberapa filem tempatan seperti 'Wheely', 'Bola Kampung', dan banyak lagi. 

“Cats The Movie ni istimewa kerana kami menggunakan teknologi AI untuk membolehkan animasi ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Di masa hadapan, kami akan terus menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat hiburan yang terbaik dan selamat.”, tambah Sinan. 

Usaha ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan yang telah melabur wang dan tenaga dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.Durioo+ adalah platform video selamat khas untuk kanak-kanak Muslim, kini menjelma sebagai nama terkemuka dalam dunia penstriman konten yang sesuai untuk kanak kanak Muslim. 

Dilancarkan pada Februari 2022 dengan sokongan daripada Y Combinator W22 dari Silicon Valley, Durioo+ mempunyai lebih daripada 5,500 video merangkumi genre animasi, bukan animasi, dokumentari, dan banyak lagi, disamping tambahan lebih 100 video baru setiap minggu. Apa yang lebih menarik, Durioo+ juga mengkhususkan dalam penghasilan video dan siri Islam berkualiti sesuai untuk kanak-kanak Muslim seluruh dunia. 

Antara beberapa siri yang dihasilkan sendiri oleh pihak produksi Durioo+ adalah siri Durioo+ Original, Durioo+ Creators dan lain-lain lagi. Selepas lebih daripada 1 tahun sejak pelancarannya, platform Durioo+ kini menjadi platform pilihan kanak-kanak Muslim untuk tonton video secara selamat dan bebas iklan untuk siri dan filem terkenal seperti Baby Shark (Pinkfong), Shaun the Sheep, Robocar Poli, Tayo, dan banyak lagi. 

Dengan statistik lebih 40,000 pelanggan berbayar sejak dilancarkan, Durioo+ terus berkembang dengan lebih banyak pelanggan berbayar setiap bulan. Durioo+ mempunyai misi untuk mencapai 100,000 pelanggan menjelang akhir tahun 2023, dan bercita-cita tinggi untuk mencapai 1 juta pelanggan menjelang tahun 2026. 

Platform ini komited dalam melindungi generasi kanak-kanak daripada kandungan merosakkan dan ingin menyumbang kepada pembentukan nilai-nilai Islam di jiwa anak-anak dari kecil lagi, dalam pendekatan paling rapat dengan mereka di pasca moden ini iaitu secara digital.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!