NEONATE DAN SVG WORLDWIDE BERGABUNG ADAKAN PERTUNJUKAN FESYEN ‘RACE DAY’ DI LITAR SEPANG

 


Peminat-peminat kedua-dua jenama serta penggiat-penggiat industri telah mula menumpukan perhatian kepada dua jenama streetwear terkemuka Malaysia sejak pengumuman tentang kolaborasi istimewa mereka yang bakal menggemparkan industri fesyen tempatan. 

Debaran semakin terasa apabila kedua-dua jenama mengumumkan pula bahawa hasil kolaborasi mereka bakal ditampilkan sebagai meraikan acara fesyen paling terkemuka di Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) yang berlangsung bulan ini. 

Dikenali sebagai ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 20 Ogos 2023, sehari sebelum jadual rasmi KLFW23 mula mengambil tempat pada 21 Ogos 2023.

Neonate dan SVG telah memulakan kempen mereka pada bulan Jun 2023. “Panggilan terbuka bertujuan mencari model baru telah menarik bilangan peserta yang mengagumkan. Lebih daripada 700 muka-muka baru dari seluruh negara hadir ke sesi 2 hari panggilan terbuka kami. Daripada bilangan ini , kami telah menyenarai pendek 77 bakat baru yang kami anggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama dan koleksi kami yang akan datang” ulas Karl Shafek, Pengasas dan Pengarah Kreatif Neonate Clothing Company. 

Menyuarakan sentimen yang sama, Ashraf Anuar, Pengasas SVG Worldwide, antara jenama streetwear Malaysia yang paling popular masa kini turut menambah, “Pada bulan Julai, model-model terpilih telah menghadiri Kem Latihan Model kelolaan Tinie, model terkemuka Malaysia yang mempunyai pengalaman luas bekerja dengan pereka tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan kursus yang benar-benar intensif dengan jadual yang padat dengan masa yang amat terhad, justeru memerlukan komitmen penuh daripada model-model yang terlibat.”

Diadakan pada hari Ahad (7 Ogos 2023) di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, Street Glare merupakan perhimpunan fotografer jalanan yang dianjurkan kali pertama tahun lepas oleh Neonate. Tahun ini, Neonate dan SVG telah bergabung tenaga untuk membawa kembali program ini di bawah tunjuk ajar Hishamudin Hashim atau Abeden, seorang jurugambar yang disegani. Tampil bersama pasukannya (TKDNXV), ternyata Abeden telah berjaya membawa program ini ke tahap yang lebih tinggi. Acara ini menyaksikan kehadiran lebih daripada 100 jurugambar, juruvideo dan pereka konten yang berpeluang mempelajari asas fotografi jalanan daripada Abeden serta menggunakan 77 orang model pilihan Neonate dan SVG sebagai subjek mereka.

Di samping itu, Karl menyatakan, “Motormaniac, sebagai rakan kerjasama kempen ini, telah menyediakan beberapa kereta pameran mereka untuk sesi penggambaran, termasuk Nissan GTR R35 ‘Godzilla’ dan Nissan GTR R34 yang cukup bergaya. Proton merupakan satu lagi rakan kerjasama yang kami hormati, dan penglibatan Proton memang menyerlah. Acara Street Glare diakhiri dengan gambar secara berkumpulan yang mantap bersama Proton X50 yang amat menarik. Neonate dan SVG juga berterima kasih dan ingin memberi penghargaan kepada Komono Malaysia dan Converse Malaysia atas sokongan mereka dalam menaja aksesori, seperti cermin mata hitam, jam tangan, dan kasut yang dipakai oleh model-model untuk melengkapi gaya peribadi mereka semasa penggambaran”. 

Acara-acara pengaktifan kempen kerjasama di antara Neonate dan SVD ini disokong oleh KLFW. Rakan-rakan kerjasama kempen pengaktifan Neonate X SVG lain ialah Litar Antarabangsa Sepang, De’Xandra Perfume, AirAsia, Royale Chulan Hotels & Resorts, Motormaniac, Bateriku, Prestige Medispa Malaysia, JCPR, Converse, Komono, Hausboom, MZone Studio dan Majalah Remaja.

Bagi Ashraf Anuar, perasaan terujanya diseimbangi dengan rasa bersyukur kerana dapat melalui pelbagai pengalaman baru yang amat berfaedah tentang industri fesyen. “Ini merupakan penglibatan pertama SVG dengan KLFW yang secara literalnya merupakan acara fesyen terbesar di negara ini dan dikenali sebagai salah satu yang terbaik di rantau Asia. Walaupun penglibatan kami di luar jadual rasmi mereka, namun segala usaha serta kerja keras kami untuk menjayakan kolaborasi ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian peminat-peminat KLFW kepada SVG. Ini amat bermakna kerana kami masih baru di dalam industri ini. Kami berbangga dan kami tidak sabar untuk mempamerkan koleksi yang telah kami ilhamkan dan hasilkan khas menerusi kolaborasi Neonate X SVG ini.”

Koleksi RACE DAY oleh Neonate X SVG akan dipersembahkan khas buat kali pertama pada 20 Ogos 2023 (Ahad ini) di Litar Antarabangsa Sepang. Untuk memastikan tetamu terhibur sebelum pertunjukan utama bermula, sebuah Karnival Mini turut diadakan di lapangan SIC pada hari acara. 

Ikuti perkembangan serta pengumuman terkini mereka di media sosial melalui @neonate.company dan @svgwrldwide. Acara ini adalah terbuka kepada pihak umum dan semua dijemput hadir.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!