RUFFEDGE UBATI RINDU PENGGEMAR LAGU-LAGU R&B DENGAN KONSERT RUFFERA: THAT MOMENT IN TIME


Malam 21 Ogos menjadi saksi sekali lagi buat kumpulan vokal R&B terkenal negara yang tidak asing lagi, Ruffedge, menggegarkan ibu kota dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu Ruffera : That Moment In Time Tour dengan penampilan tetap DJ Uno bertempat di Mega Star Arena bermula jam 8:30 malam. Ternyata Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain berjaya menghiburkan seramai 4,500 orang peminat yang hadir di Kuala Lumpur melalui persembahan mereka yang bertenaga lagi menghiburkan selama 2 jam lebih tanpa henti.

“Peminat Malaysia sememangnya hebat! Rata-rata yang hadir merupakan peminat tegar Ruffedge yang hadir seawal jam 5 petang memenuhi pekarangan pintu masuk dewan konsert, bagi mendapatkan ‘wristband’ sebelum bermulanya persembahan.


“Jumlah penonton yang hadir sangat memberangsangkan dan kami di YOLO sangat terharu dengan sambutannya, Ruffedge sememangnya ‘Da Bomb’ dan tidak pernah mengecewakan,” kongsi Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

Salah seorang pengunjung memberitahu bahawa ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu, “Saya merupakan peminat tegar Ruffedge ketika mereka mula-mula muncul di industri muzik Malaysia, setiap lagu yang dipersembahkan mengimbau kenangan lalu seawal era 2000-an sehinggalah kini.

Menurut Azan, “Kami sangat terharu dengan sambutan yang diberikan dari peminat tanah air kerana disebabkan merekalah kami masih berdiri di sini sehingga ke hari ini, terima kasih buat rakan-rakan artis yang hadir seperti Dato' Hattan, Zizan Razak, Nana Mahazan, Fattah Amin dan juga Fazura yang datang memberikan sokongan mereka.


Ruffedge memberikan persembahan yang ternyata menghiburkan buat kesemua penonton yang hadir di dewan konsert melalui 25 buah lagu kesemuanya, diantara lagu-lagu hits yang disampaikan adalah Goyang, Tiada Lagi Cinta, Tipah Tertipu, Lemas, Da Bomb, Bila Rindu, Khayalan dan banyak lagi.

Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan istimewa Ruffedge di bawah kelolaan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis dengan membawakan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah seperti Azura, Suraya nyanyian kumpulan Indigo dan Rozana oleh kumpulan Search dalam rentak R&B yang nyata berbeza, serta penampilan istimewa oleh Lah Ahmad.

Tambah Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Konsep moden yang diterapkan dalam konsert Ruffera : That Moment In Time Tour berjaya membawa dimensi baharu dalam pertunjukan ‘live’ yang menghiburkan tidak mengira peringkat umur.

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan berusaha membawakan lebih banyak lagi konsert-konsert bertaraf dunia buat penggemar muzik dan terus menyemarakkan persada muzik tempatan mahupun luar.


Akhiri Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “YOLO telah meletakkan penanda aras untuk kesemua konsert yang dianjurkan, dan kolaborasi bersama Ruffedge ini merupakan salah satu kejayaan terbesar kami sebagai penganjur, dan semoga lebih ramai lagi yang akan teruja dengan hiburan yang bakal kami bawakan, nantikan kemunculan aksi muzik yang seterusnya.

Buat pengetahuan semua, akan berlaku beberapa pengumuman konsert besar tidak lama lagi oleh YOLO seperti The Beatles 60th Anniversary Tribute Celebrations pada 26 dan 27 Ogos ini dan juga, NOAH 'Southeast Asia Tour’ pada bulan November nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES