BUKAN SEKADAR ALBUM, 'PETAL' BUKTI KEMATANGAN MUZIK ARIANA GRANDE


Penyanyi-penulis lagu pemenang tiga trofi GRAMMY, Ariana Grande, hari ini melancarkan album studio kelapannya berjudul petal di bawah Babydoll Music / Republic Records. Album yang dinanti-nantikan ini dihasilkan bersama ILYA, dengan Max Martin turut bergabung sebagai penulis dan penerbit untuk tiga trek utama.

Single utama album ini, “hate that i made you love me”, mencatat sejarah apabila debut terus di kedudukan #1 Billboard Hot 100 – menjadikan Ariana artis pertama dalam sejarah yang berjaya debut single utama daripada lapan album berturut-turut di carta Top 10.

Lebih menarik, pelancaran petal hadir selepas kejayaan besar Ariana dalam dunia lakonan apabila membawakan watak Glinda dalam filem adaptasi muzikal Wicked arahan Jon M. Chu. Persembahan itu mendapat pujian meluas dan pencalonan anugerah utama, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai artis serba boleh yang berjaya menyeimbangkan kerjaya muzik dan lakonan.


Dengan lapan album platinum berturut-turut, lebih 125 bilion strim global, serta 10 lagu #1 di Billboard Hot 100, Ariana terus mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang ikon pop paling berpengaruh generasi ini. Album terdahulu eternal sunshine (2024) malah mencatat rekod sebagai album paling lama bertahan di tangga teratas Billboard 200 dalam kerjayanya.

Musim panas ini, Ariana kembali ke pentas dengan The Eternal Sunshine Tour, jelajah global pertamanya selepas tujuh tahun. Siri konsert yang terjual habis ini mendapat pujian meluas daripada peminat dan pengkritik, dengan persembahan hebat di Los Angeles, Brooklyn, Montreal dan bakal berakhir di O2 Arena London.


Senarai Lagu Album petal
  1. kiss me
  2. hate that i made you love me
  3. petal
  4. stay
  5. oh well
  6. big feelings
  7. freak
  8. warning signs (interlude)
  9. like i do
  10. never get over me
  11. bad thing (bunny hop)
  12. nowhere, nobody


Comments

Popular posts from this blog

VIU ORIGINAL CINTA DALAM SEKAM RAIH KEDUDUKAN DRAMA NO.1 DI VIU MALAYSIA HANYA DALAM MINGGU PERTAMA

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”