OLIVIA RODRIGO LANCAR ALBUM STUDIO KETIGA 'YOU SEEM PRETTY SAD FOR A GIRL SO IN LOVE'
Penyanyi-penulis lagu pemenang GRAMMY dan bertaraf multi-platinum, Olivia Rodrigo, hari ini melancarkan album studio ketiganya berjudul you seem pretty sad for a girl so in love di bawah Geffen Records. Album ini turut hadir dengan koleksi barangan edisi terhad termasuk vinil dan cenderamata eksklusif untuk para peminat.
Serentak dengan pelancaran album, Olivia mempersembahkan video muzik rasmi untuk lagu baharu “stupid song” yang diarahkan oleh Mitch Ryan dan dirakam di New York City. Video tersebut menampilkan koreografi oleh Prima Ballerina Tiler Peck bersama penari dari NYC Ballet dan American Ballet Theater.
Single pertama daripada album ini, “drop dead”, mencatat sejarah apabila menjadikan Olivia artis pertama yang berjaya debut tiga single pertama daripada tiga album berturut-turut di kedudukan #1 carta. Single kedua, “the cure”, turut mendominasi carta Billboard termasuk Hot Rock & Alternative Songs dan Hot Alternative Songs.
Bulan lalu, Olivia meraikan kejayaan sembilan lagunya melepasi satu bilion strim di Spotify menerusi konsert khas Billions Club Live. Beliau juga mengejutkan peminat dengan persembahan di Primavera Sound, memperkenalkan lagu baharu “what’s wrong with me” bersama Robert Smith dari kumpulan legenda The Cure.
Olivia kini bersiap sedia untuk memulakan The Unraveled Tour pada September ini. Jelajah tersebut telah pun terjual habis secara global dengan lebih sejuta tiket, memecahkan rekod di beberapa lokasi termasuk Barclays Center di Brooklyn, Intuit Dome di Los Angeles, dan O2 Arena di London dengan 11 malam persembahan – meletakkan Olivia sebaris dengan nama besar seperti Prince, The Spice Girls, Ariana Grande dan Rihanna.
Senarai Lagu Album you seem pretty sad for a girl so in love
Side A – girl so in love
- drop dead
- stupid song
- honeybee
- maggots for brains
- u + me = <3
- my way
- purple
Side B – you seem pretty sad
- the cure
- begged
- what’s wrong with me (feat. Robert Smith of The Cure)
- less
- expectations
- cigarette smoke
%20(Custom).jpg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment