HABIB LANCAR KOLEKSI ‘AUSPICIOUS BLOOMS’ TAHUN BAHARU CINA


Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang dan HABIB sekali lagi tampil kreatif dengan mengolah rekaan klasik sempoa juga lebih dikenali sebagai ‘abacus’ menjadi satu barangan kemas yang bakal menjadi trend pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. 


‘Abacus’ merupakan satu peralatan zaman dulu sebagai satu alat untuk mengira dan berkait rapat dengan wang dan kesejahteraann serta membawa lebih kekayaan dan kejayaan mengikut kepercayaan masyarakat Cina.




Seperti rekaan di bawah Koleksi Oro Italia 916 yang dikeluarkan oleh HABIB ini, rekaan ‘Abacus’ ini dihasilkan dengan hasil tangan yang cukup teliti menggunakan teknologi terkini dari Itali. Teknologi yang digunakan ini akan menghasilkan pelbagai jenis kemasan seperti potongan seakan berlian, ‘high-polish’ dan ‘matte’ yang boleh dilihat pada manik yang boleh digerakkan. Barangan kemas Abacus dari Koleksi HABIB Oro Italia 916® boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk mereka yang berbeza pilihan gaya dan personaliti.





Sebagai satu syarikat anak tempatan yang menghargai budaya dan warisan negara, HABIB menyambut perayaan Tahun Baru Cina bertemakan ‘Auspicious Blooms’ yang bermaksud bunga yang sedang mekar membawa erti tuah, keamanan dan kegembiraan maka HABIB ingin memberi inspirasi kepada anda untuk berkongsi hadiah kebahagiaan bersama yang tersayang. Mengikut 12 kitaran haiwan pada Kalendar ‘Lunar’ dan lima kitaran unsur, 2021 adalah Tahun ‘Lembu’ (Ox) berunsurkan logam dan ianya hanya terjadi sekali pada setiap 60 tahun. Lembu (Ox) memberi gambaran kejujuran, kekuatan dan keazaman yang kuat bersandarkan sejarah peranannya dalam bidang pertanian. Manakala, logam pula melambangkan kekayaan berikutan kepentingan nilai yang ada pada logam berharga terutamanya emas.

Wafer Emas 999

Bertepatan dengan ini, HABIB telah melancarkan wafer emas 999 edisi terhad bermotifkan Lembu (0.2g) sempena menyambut ketibaan Tahun Lembu berunsur logam. Pembungkusan wafer ini dengan warna merah memberi ilusi seakan ‘ang-pao’ dan menjadikan ianya hadiah yang tepat untuk perayaan ini. 


Jongkong Emas 999

Buat mereka yang inginkan pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi, HABIB turut melancarkan jongkong emas 999 edisi lembu (5g) yang memaparkan seekor lembu yang sedang menghilangkan dahaga di sungai yang tenang mengalir. Secara puitisnya, ia menggambarkan saat berehat setelah penat seharian membanting tulang mencari rezeki.



Untuk mereka yang berminat boleh mula membuat temujanji dengan HABIB, perunding barangan kemas peribadi anda secara virtual dengan menghubungi talian hotline bilik pameran yang berdekatan dengan anda. 

Untuk maklumat lanjut bersempena koleksi Auspicious Bloom boleh layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau ikuti HABIB di laman social @habibjewelsofficial.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA