SENARAI PEMENANG ERA DIGITAL MUZIK AWARDS (EDMA) 2020



Malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 anjuran jenama radio ERA, dan dibawakan oleh SYOK, mengumumkan pemenang-pemenang EDMA 2020 secara digital bagi enam buah kategori:







Dihoskan oleh Danial, Radin (dari segmen ERA D’Boyz) dan Isha (dari segmen Gempak Hit ERA), juga merupakan personaliti baharu ERA, pentas digital EDMA 2020 telah dihangatkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, dengan lagu terkenal AEWO; Neeta Manishaa, lagu bertajuk Hanya Mimpi; gabungan suara Harith Zazman, Loca B dan Tuju, membawakan dua buah lagu bertajuk Cute dan Tak Tahu; juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada Yonny Boi, Asyraf Nasir, dan Azzam Sham.

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat pada 28 Disember hingga 18 Januari, menerusi laman rasmi ERA dan peminat telah diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan. 

EDMA 2020 telah distrim secara langsung menerusi YouTube, Facebook Live, dan Instagram ERA, juga dapat disaksikan menerusi Facebook Live Astro Gempak. 

Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas undian dan sokongan mereka untuk EDMA 2020. Kami berharap peminat dapat menikmati anugerah dan turut terhibur dengan persembahan semasa mereka selamat berada di rumah ketika pendemik ini. Peminat boleh terus mengikuti kami di YouTube dan platform sosial kami yang lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih menarik.”

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM