MINI MALAYSIA TAWAR PENJIMATAN TAHUN BARU BAGI COUNTRYMAN SE


MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah merungkaikan program baharu untuk MINI Countryman SE, termasuk model-model MINI yang lain – ekoran perlanjutan dalam tempoh pengecualian SST.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Tahun 2021 mempersembahkan peluang baharu, dan kami berbesar hati untuk meletakkan MINI Countryman SE sebagai peneraju program kami yang terkini. Tahun 2021 telah tiba, dan program MINI Countryman SE membuktikan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan pemupukan mobiliti elektro di Malaysia – lebih-lebih lagi semasa polisi pengecualian SST masih terpakai. Ia juga memberi kami peluang untuk membawakan pengalaman pemilikan MINI yang mengujakan buat para pelanggan setia di seluruh negara.” 

MINI Countryman SE menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI yang membekalkan cengkaman optimum serta kepuasan maksimum ketika memandu, di samping mod eDrive yang membolehkan pemandu membuat pilihan antara mod pemanduan elektrik, enjin pembakaran atau hibrid demi pemanduan yang lebih efisien. Ciri-ciri kemudahan juga ditawarkan melalui Servis Jarak Jauh MINI (MINI Remote Services); melaluinya, pengguna boleh memantau status kenderaan serta mempersiapkan kenderaan tersebut sebelum memulakan perjalanan menggunakan sambungan telefon pintar, di mana-mana jua dan pada bila-bila masa. 

Turut menjadi tumpuan di ruang interior jentera MINI Countryman ini ialah Papar Pandu (Head-Up Display) serta 4G LTE Sim Card MINI Connected – yang menawarkan fungsi maklumat hibur dengan lancar ketika memandu. Berbekalkan tahap emisi yang rendah dan prestasi bertaraf tinggi, MINI Countryman SE mempersembahkan sebuah pengalaman pemanduan yang benar-benar memuaskan, serta menjimatkan bahan api. 

Program ini melayakkan semua pemilik baharu MINI Countryman SE untuk menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,678, dan Waranti Bateri Voltan Tinggi Bertempoh 8 Tahun. Pemilik MINI Countryman SE baharu yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) yang bertempoh 4 tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program tersebut. 

Program ini, yang berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga menawarkan penjimatan bagi model-model MINI lain yang terdapat dalam portfolio MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, serta MINI Countryman. Untuk melihat senarai lengkap model-model dan program yang ditawarkan ini, sila layari https://www.mini.my/sstsavingsspree.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!