SURIA KLCC BAWAKAN KECERIAAN TAHUN BAHARU CINA


Suria KLCC diserikan dengan keceriaan warna merah tatkala kaum Tionghua menyambut ketibaan Tahun Lembu.

‘Centre Court’ Suria KLCC kini telah ditransformasi dengan hiasan dan elemen Taman Tradisional Cina berserta tanglung dan pepohon sakura yang pastinya memukau para pengunjung yang melihatnya. Susunan kemasan yang menggambarkan ketenangan Taman Tradisional Cina ini diserikan lagi dengan dengan perhiasan bertemakan perayaan Tahun Baru Cina yang mempersonakan di setiap pintu masuk utama.


“Walaupun dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Suria KLCC tetap berusaha untuk membangkitkan suasana perayaan bersesuaian dengan pentingnya sambutan Tahun Baru Cina 2021, disamping tegas memastikan keselamatan melalui saringan suhu di setiap pintu masuk dan kru sanitasi yang diperkukuhkan. Kami yakin para pengunjung akan kagum dan menghargai keindahan hiasan Taman Tradisional Cina ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Ketibaan Tahun Lembu kali ini akan diraikan dengan penuh keceriaan bukan sahaja melalui transformasi fizikal yang ditampilkan di pusat membeli-belah ini, malahan aktiviti atas talian juga turut disediakan untuk para pelanggan kami. Kami akan berusaha untuk memastikan keriangan para pelanggan kami sambil mengimbau tahun yang telah berlalu,” tambah beliau.


Tahun ini, Suria KLCC juga akan menumpukan perhatian kepada anggota barisan hadapan negara yang begitu berdedikasi dalam memerangi Covid-19.

“Anggota barisan hadapan bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan kita semua. Suria KLCC begitu menghargai pengorbanan, dedikasi, komitmen dan ketabahan anggota barisan hadapan dalam menangani situasi pandemik yang belum pernah dialami sebelum ini,” kata Brien

Justeru itu, Suria KLCC berbesar hati ingin menyumbang barangan makanan bernilai RM15,000 kepada para petugas di Hospital Sungai Buloh. Barangan makanan tersebut terdiri dari kopi, teh, Milo dan pelbagai jenis biskut dan mi segera untuk memudahkan pasukan perubatan barisan hadapan mengalas perut memandangkan hanya sedikit masa terluang untuk menikmati juadah dengan sempurna.

Brien juga menambah bahawa Suria KLCC akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan samada bantuan tambahan dapat terus disumbangkan kepada anggota barisan hadapan dan institusi perubatan.

Para pelanggan pasti yakin bahawa Suria KLCC kekal selamat dengan suasana, memandangkan amalan tahap kebersihan yang tinggi dan nyah-infeksi harian yang setanding dengan piawaian terbaik global.

Dengan jaminan ini, para pelanggan boleh menikmati suasana yang disajikan di pusat membeli-belah ini dari sekarang hingga 21 Februari 2021, dengan pelbagai tawaran yang menarik.



Aktiviti dan Peraduan atas talian yang menarik

i. Peraduan ‘LUCKY OX’

Peraduan atas talian yang menyeronokkan, di mana ‘LUCKY OX’ menjemput para peserta untuk ‘memburu’ 8 paparan lembu pelbagai warna yang muncul secara rawak di halaman utama laman web www.suriaklcc.com.my

Para peserta memulakan ‘buruan’ dengan klik (atau sentuh pada skrin telefon bimbit) pada paparan lembu pelbagai warna dan mengumpulkan 8 warna paparan lembu yang ditetapkan sebelum melengkapkan butiran mereka bersama ucapan Tahun Baru Cina yang kreatif untuk melayakkan mereka memenangi cabutan bertuah bernilai RM100 dalam bentuk baucar membeli belah. 30 pemenang ‘LUCKY OX’ akan dipilih berdasarkan Ucapan Tahun Baru Cina yang paling kreatif. Peraduan ini sedang berlangsung, iaitu dari 22 Januari sehingga 4 Februari 2021.

ii. “Share To Win”

“Share To Win” adalah sebuah peraduan mini yang dikelolakan untuk peminat Facebook di mana mereka boleh berkongsi paparan mereka mengenai peraduan ‘LUCKY OX’. 80 pemenang akan dipilih berdasarkan aktiviti Facebook mereka bersama #ShareToWin selama 4 hari sepanjang tempoh promosi yang bermula 22 Januari sehingga 2 Februari 2021. Peserta perlu memperhatikan hashtag ini menerusi laman Facebook Suria KLCC (www.facebook.com/SuriaKLCCMall) dalam sebarang muatnaik sepanjang tempoh peraduan dan jadilah di antara peserta terawal yang berkongsi paparan tersebut dalam Facebook wall dengan pautan @SuriaKLCCMall bersama 3 rakan untuk memenangi baucer membeli belah bernilai RM50.

iii. Tarian Singa Augmented Reality (AR)

Bagi mereka yang menganggap tarian singa sebagai satu kemestian tatkala menyambut perayaan Tahun Baru Cina, satu lagi aktiviti atas talian yang memaparkan elemen kebudayaan ini melalui Tarian Singa AR juga bersama pautan #ShareToWin. 20 pelanggan terawal membuat perkongsian Tarian Singa AR ini dalam Facebook mereka bersama 3 rakan, akan memperoleh baucar membeli belah bernilai RM50.

“Shoppers Reward Programme”

Suria KLCC juga akan memberikan sampul merah EP YAYING dan baucar tunai dalam program ini. Pelanggan E-newsletter kami akan menerima notifikasi melalui emel untuk menebus 1 set sampul merah EP YAYING dan baucar bernilai RM168 dari 22 Januari hingga 12 Februari 2021. Pelanggan yang yang tersenarai dalam SMS kami juga akan menerima pesanan yang sama mengenai penebusan barangan EP YAYING. Untuk para pelanggan yang berminat melanggan E-newsletter kami, pihak concierge kami sedia membantu sesiapa yang ingin mendaftar bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai sebarang promosi kami.

“Kami sedar yang tahun ini adalah mencabar untuk sebilangan besar daripada kita dan dekorasi Tahun Baru Cina, aktiviti aktiviti dan hadiah hadiah menarik, beserta inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk barisan hadapan adalah sebahagian daripada sumbangan kami untuk menceriakan semua pihak. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga semua akan kekal tenang dan selamat untuk bulan-bulan yang mendatang,” tambah Brien.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!