USOP KEMBALI DENGAN GAYA LEBIH SUAVE DENGAN "LENYAP"


Naib Juara Big Stage 2020, anak muda berbakat besar asal Kulim, Kedah dan sering menjadi perhatian kerana sikapnya yang selamba dan adakalanya mencuit hati, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih terkenal dengan panggilan Usop kembali mempertaruhkan single terbaharu yang padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave berjudul ‘Lenyap’. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing.

Bercerita mengenai single terbaharunya, Usop berkata, “Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.”

“Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada 2 lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini turut berkongsi, “Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.”

“Lenyap di rakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan, walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami berjaya melakukannya akhirnya.

“Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air kerana senang bekerja dengan mereka, dan banyak ilmu yang saya timba ketika sesi rakaman dijalankan.

Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalam Peregerakan (PKP) oleh kerajaan, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat dijalankan, Usop bercerita, “Saya lebih banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar kami.”

“Selain itu, saya juga turut menggunakan masa yang ada ketika PKP dengan membuat cover video atas permintaan peminat-peminat saya.

Bagi single kali ini, Usop tampak sedikit dewasa dengan imej suave yang ditampilkannya, dan peminat berpeluang menyaksikannya menerusi video muzik ‘Lenyap’.

“Jalan cerita video muzik ‘Lenyap’ mengisahkan tentang seorang jejaka yang masih belum dapat move on walaupun sudah 5 tahun kehilangan kekasihnya, dan proses penggambaran agak mencabar kerana ia dilakukan sewaktu musim hujan baru-baru ini.

Menurut Encik Feros, Ketua Label Rocketfuel Entertainment,

“Buat pertama kalinya kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan juga Faithful Music Publishing kerana segala perancangan berjaya membuahkan hasil yang berkualiti dan semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali.”

“Usop merupakan artis naungan kami yang mempunyai potensi besar, walaupun usianya masih muda, dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkannya membuktikan dia mahu pergi jauh dalam bidang ini dan saya harap pendengar dapat menerima lagu terbaru beliau.

Usop berharap, “Semoga Lenyap mendapat tempat di hati semua para pendengar dan peminat muzik tanah air, dan terimalah buah tangan terbaru daripada saya dengan hati yang terbuka.”

“Saya juga menyeru agar kita semua terus patuh terhadap SOP yang ditetapkan kerajaan dan sama-sama kita lawan wabak COVID-19 ini.


Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI