OMNIMEAT BERIKAN ALTERNATIF MAKANAN BERASASKAN TUMBUHAN

 

Selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan di lebih 30 negara, sejak pelancarannya pada tahun 2012, Green Monday, sebuah platform untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk memakan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan berbanding dengan daging untuk mengekalkan kelestarian alam dan kesihatan kini dilancarkan di Malaysia.

Green Monday turut menggalakkan masyarakat memainkan peranan mereka di muka bumi ini untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya sehari setiap minggu. Dengan platform ini juga, rangkaian makanan berasaskan tumbuhan inovatif yang diberi nama OmniMeat, turut dilancarkan di Malaysia untuk mengubah pilihan makanan rakyat Malaysia.

Diperbuat daripada campuran unik protein tumbuhan yang mempunyai rasa, tekstur dan rupa seperti daging tradisional, OmniMeat Mince, OmniMeat Luncheon, dan OmniMeat Strip menawarakan makanan alternatif kepada daging yang lebih lestari dan sihat tanpa menjejaskan citarasa yang anda gemari.


OmniMeat Mince (RM19.90)

Dilancarkan pada tahun 2018, OmniMeat Mince adalah produk pertama keluaran OmniFoods, menawarkan suri rumah dan tukang masak profesional suatu ramuan berasaskan tumbuhan yang serba guna untuk masakan ala Asia. Setiap 100g OmniMeat Mince mengandungi 0mg kolesterol dan serat makanan 4.6g, dan apabila dibandingkan dengan daging kisar mentah – kandungan kalori, meinyak tepu dan kolesterol OmniMeat Mince adalah lebih rendah 68%, 100% dan 100% masing-masing.


OmniMeat Luncheon (RM23.90)

OmniMeat Luncheon adalah alternatif yang mudah disediakan. Ia boleh digoreng tanpa perlu dinyahbeku dengan hanya satu sehingga dua minit pada setiap belah. Bukan sahaja menyerupai daging luncheon tetapi juga mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama. Diperbuat daripada kacang soya bukan-GMO dan gandum, pewarna semula jadi daripada beetroot. Ia bebas kolesterol, tiada tambahan hormone, antibiotic dan MSG, makanan berasaskan tumbuhan ini adalah kaya dengan protein, serat makanan, potassium dan kalsium, menjadikannya satu alternatif yang lebih sihat.



OmniMeat Strip (RM15.90)

OmniMeat Strip adalah makanan berasaskan tumbuhan yang menyerupai potongan daging yang serba guna dalam masakan Asia. Bukan-GMO, rendah kandungan lemak tepu dan bebas kolesterol dan tanpa tambahan hormon, OmniMeat Strip adalah kaya dengan kandungan protein (18.6g per 100g) dan adalah sumber kepada serat makanan, potassium, kalsium dan zat besi. Apabila dibandingkan dengan bahagian bahu daging sebenar, iaadalah 48% lebih rendah kandungan kalori dan 76% lebih rendah dalam jumlah kandungan lemak.

OmniMeat disahkan Halal, jadi ia adalah makanan inovatif yang sesuai untuk digunakan untuk menggantikan daging.

OmniMeat Mince, OmniMeat Luncheon dan OmniMeat Strip, boleh didapati sekarang di pasaraya termasuk includes Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Village Grocer, Oliver’s Gourmet, dan AEON supermarket terpilih dan juga kedai makanan seperti Nourish by Kenny Hills Bakers dan Botanica+Co.

Botanica+Co di Alila Bangsar dan Bangsar South menawarkan pelbagai hidangan vegan yang menggunakan Omnimeat seperti No-Guilt Spam Fries (RM20++), Green Day Banh Mi (RM23++) dan The Planet-Lover Burger (RM40++).

The Planet-Lover Burger

Green Day Banh Mi

No-Guilt Spam Fries

Nourish By Kenny Hills Bakers menampilkan menu pemakan sayuran seperti Luncheon Cheese Tart (RM28++), dan Omni Bolognese (RM32++).

Luncheon Cheese Tart

Omni Bolognese

Untuk maklumat lanjut tentang Green Monday dan OmniMeat, sila ikuti laman Instagram https://www.instagram.com/greenmonday.malaysia/ dan Facebook https://www.facebook.com/GreenMondayMYR.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING