CETAPHIL PERKENAL RANGKAIAN PRODUK BRIGHT HEALTHY RADIANCE
Cetaphil mempunyai rekod yang cukup dikenali dalam menyediakan solusi penjagaan kulit dengan asas perubatan dan dermatologi secara turun-temurun. Memberikan hanya yang terbaik kepada pengguna, Cetaphil adalah jenama yang dipercayai selama tujuh dekad memperkenalkan Bright Healthy Radiance, iaitu rangkaian penjagaan kulit pertama oleh syarikat yang direka untuk direka untuk mencerahkan kulit tanpa membahayakan kulit.
Cetaphil merupakan jenama yang memahami ang memahami cara penjagaan kulit yang hebat akan menjadikan kulit cerah, cantik dan sihat—dan kulit yang sihat sangat penting untuk menjalani kehidupan yang sihat. Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance baharu akan membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi supaya kulit sentiasa lembut. Diformulasikan untuk mencerah dan meratakan tona kulit, ia mampu menjadikan kulit lebih cerah dan berseri sepanjang hari di samping memperbaiki kulit wajah pada waktu malam.
Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser |
Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi Sea Daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik hitam. Niacinamide pula merupakan Antioksidan yang lembut tetapi berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna tanpa iritasi dalam empat minggu. Rangkaian produk buatan Korea ini merupakan cara sihat untuk cerah dan berseri.
Cetaphil Brightness Refresh Toner |
Tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, pembersih lembut ini membersihkan kulit kusam dan ia merupakan langkah pertama dalam rutin pencerahan. Diikuti dengan penyegar penyempurnaan kulit yang mencerah dan menghidrat kulit agar kelihatan cerah, halus dan lembut secara serta-merta. Selepas empat minggu, tona kulit akan kelihatan lebih sekata dan kekusaman hilang, sekaligus menjadikan kulit kelihatan berseri.
Cetaphil Brightening Night Comfort Cream |
Dengan SPF15 untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya, Brightening Day Cream Protection dapat mencerah dan meratakan tona kulit. Pada masa yang sama, Brightening Night Comfort Cream meneruskan proses pencerahan ketika anda tidur untuk menjadikan kulit kelihatan segar dan cerah pada waktu pagi. Bintik hitam kurang dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah berseri selepas penggunaan sebanyak sehari sekali dalam selama empat minggu.
Cetaphil Brightening Day Protection Cream |
Matlamat rangkaian produk ini adalah untuk meraikan semua jenis kulit buat wanita Malaysia yang menginginkan kulit yang cerah berseri sambil mempertimbangkan tentang apa penting dan selamat dalam dunia pada hari ini.
“Di Cetaphil, kami sentiasa melakukan inovasi produk yang sesuai dengan kehendak pengguna dan sangat teruja melihat visi mengenai Rangkaian Bright Healthy Radiance membuahkan hasil. Pelancaran ini menandakan komitmen kami untuk menjangkaui lebih banyak pengguna dengan menawarkan produk kepada rakyat Malaysia yang menginginkan kulit yang sihat, cerah dan berseri. Dengan rangkaian produk Bright Healthy Radiance, kami yakin dapat memberi solusi kecerahan tanpa kerisauan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” kata Jessica Chan, Pengurus Jenama Kanan di Galderma Malaysia.
“Kulit yang kelihatan sihat adalah kulit yang cerah, berseri, sekata dan halus,” kata Dr. Kartini Farah Rahim, Perunding Dermatologi. Beliau menjelaskan lagi bahawa rangkaian ini menyeimbangkan warisan dermatologi dan aspek kecantikan dalam penjagaan kulit. Terbukti secara klinikal walaupun untuk kulit sensitif, Bright Healthy Radiance mencerahkan kulit secara lembut. Kesan matahari, hiperpigmentasi akibat jerawat, tompok coklat yang bertambah - wanita Malaysia boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan penggunaan rangkaian produk ini.
Duta Jenama, Lisa Surihani, ikon rakyat Malaysia, ibu, isteri, pelakon, model, dan hos televisyen menyatakan bahawa rangkaian produk ini adalah sesuatu yang hebat, “Saya sangat suka dengan produk penjagaan kulit ini, setelah menggunakan rangkaian produk ini selama empat minggu saya dapat lihat yang tona kulit saya makin sekata, kusam dan bintik hitam pun hilang. Rangkaian produk ini memang menakjubkan. Saya berharap produk ini datang lebih awal dan kita semua tahu bahawa orang Korea pandai menjaga kulit mereka.”
Lisa juga kongsi yang dia berasa tenang apabila mengamalkan rutin penjagaa kulit pada waktu pagi dan petang dengan mengamalkan rejim penjagaan kulitnya. Ia sangat menyenangkan dengan memulakan rutin dengan urutan pembersih muka, diikuti sapuan serum dengan teliti, , sapu lembut toner pada alas kapas, dan penggunaan krim hidrasi yang tepat - sebagai tanda meditasi dan kesungguhan.
Di samping itu, Lizz Chloe, penyampai radio untuk MYFM, model dan pempengaruh media sosial berkata tentang penjagaan kulit, “Tujuan saya adalah nak menjaga kulit pada waktu siang dan memperbaiki sebarang kerosakan pada siang, membersih dan tidak mengeringkan kulit dari minyak yang diperlukan. Saya boleh nampak perubahan kulit dalam empat minggu dan tidak kasar seperti produk pencerah biasa. Dipercayai pakar dermatologi, hipoalergenik, bebas pewangi dan terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit walaupun kulit sensitif.
Apa yang anda perlukan adalah Rangkaian Bright Healthy Radiance
Rangkaian Bright Healthy Radiance jenama ini terdiri daripada Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser (RM 39.00), Cetaphil Brightness Refresh Toner (RM 59.00), Cetaphil Brightening Day Protection Cream (RM 113.00), dan Cetaphil Brightening Night Comfort Cream (RM 113.00).
Semua produk dalam siri Bright Healthy Radiance sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kulit normal, termasuk kulit sensitif.
Rangkaian Bright Healthy Radiance boleh didapati secara asing dan juga boleh didapati sebagai set eksklusif dari semua farmasi di Malaysia. Dapatkan sekarang dari Lazada, Shopee, dan Hermo. Untuk maklumat lanjut tentang Cetaphil, ikuti @CetaphilMY di Instagram.
Comments
Post a Comment