RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN NESPRESSO SHANGHAI LUNGO


Bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, Nespresso menggalakkan para pencinta kopi untuk memulakannya dengan secawan Nespresso, untuk tuah dan kemakmuran.
 
Nespresso percaya bahawa permulaan yang baik adalah separuh jalan menuju kejayaan, jadi amat penting untuk mengambil langkah pertama yang betul bagi setiap perkara, terutama pada permulaan tahun. Maka dengan itu, Nespresso memperkenalkan kopi baharu yang kekal – Shanghai Lungo, sebagai simbol membawa tuah bagi Tahun Baharu dan permulaan baharu. 

Tahun Baru Cina membawa bersama banyak harapan bagi permulaan tahun yang akan datang ini. Sehubungan itu, Nespresso, berusaha memanfaatkan peluang ini bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan permulaan yang baharu, sama ada dengan menikmati momen indah kopi Nespresso bersama insan tersayang, atau melalui pemberian hadiah. 


Nikmati secawan Nespresso Shanghai Lungo untuk memulakan tahun anda 

Tidak ramai yang tahu bahawa negara China juga telah menanam kopi sejak berabad lalu. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini penduduk China mula mengembangkan budaya kopi dan suasana berseni yang moden, dengan Shanghai sebagai penerajunya. Diinspirasikan oleh minat yang semakin meningkat dan kemunculan lokasi-lokasi menikmati kopi di China, Nespresso Shanghai Lungo menghidupkan ciri kopi unggul yang dipanggang ringan, hasil gandingan biji kopi Arabika Kenya, China dan Indonesia yang masyhur. 


Shanghai Lungo adalah adunan kopi yang dipanggang ringan, yang membolehkan Nespresso mendapat hasil yang tepat daripada setiap bahagian kopi sambil mengekalkan keenakannya. Ketelitian proses pemanggangan ini menghasilkan campuran kopi panggang-ringan Shanghai Lungo yang tersendiri, yang akan menceriakan citarasa dengan nota beri. Elemen-elemen ini bergandingan sempurna dan paling baik dinikmati dengan pengekstrakan panjang, sesuai dengan namanya, Lungo. 



Sediakan hadiah yang sempurna dan raikan permulaan baharu dengan kopi dan aksesori Nespresso 

Menyungkil idea bagi permulaan yang baharu ini, 10-sleeves CNY Assortment Giftbox Nespresso menggabungkan elemen tingkap dan kuplet Festival Musim Bunga, simbolik membuka tingkap untuk mengalu-alukan peluang yang lebih hebat bersempena dengan Tahun Baru Cina ini. Kotak hadiah ini juga bersama stiker pintu dengan perkataan Cina ‘Fú’ (福), yang melambangkan keberuntungan, keberkatan dan kebahagiaan – sesuai untuk dijadikan hadiah pada musim perayaan ini. 

Nespresso Shanghai Lungo berharga RM23 satu sarung, manakala 10-sarung CNY Assortment Giftbox Nespresso pula berharga RM239. Nespresso juga menghadiahkan sampul merah Tahun Baru Cina dengan mana-mana pembelian 50 kapsul dan 5-sarung CNY Assortment Giftbox (berharga RM116). Penggemar kopi yang membeli 10-sarung CNY Assortment Giftbox juga akan menerima stiker pintu “Fú” selain sampul merah Tahun Baru Cina. 


Nespresso turut menawarkan hadiah untuk Ahli Kelab Nespresso, yang boleh didapati bermula dari 11 Januari 2021 hingga 21 Februari 2021: 
  • RM388 untuk Inissia Red dengan pembelian 100 kapsul kopi Nespresso 
  • RM388 untuk Essenza Mini Red dengan pembelian 100 kapsul kopi Nespresso 
  • RM588 untuk Inissia Red Bundle dengan pembelian 100 kapsul kopi Nespresso 
  • RM588 untuk Essenza Mini Red Bundle dengan pembelian 100 kapsul kopi Nespresso 
Sebagai langkah berjaga-jaga, butik Nespresso di The Gardens Mall, Pusat Beli-Belah One Utama dan kedai pop timbul di Kiara 163 Retail Park akan ditutup buat sementara waktu untuk memastikan keselamatan para pencinta kopi dan kakitangan. 


Tingkatkan ilham hadiah anda pada Tahun Baru Cina ini ke tahap seterusnya dengan tawaran kopi baharu dan CNY Assortment Giftbox. Nespresso Shanghai Lungo dan aksesorinya boleh didapati melalui saluran atas aplikasi mudah alih Nespresso, laman rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan talian perkhidmatan pelanggan kami di 1800-80-7001 (24/7 bebas-tol) mulai 11 Januari 2021. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Malaysia, sila kunjungi halaman Instagram rasmi kami (@nespresso.my) atau halaman Facebook (Nespresso.MY) untuk menerima makluman terkini tawaran terbaharu kami.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!