GEDUNG PUMA PAVILION KL TAMPILKAN ZON CUSTOMIZATION

Ruangan khas untuk koleksi wanita


Gedung utama PUMA di Pavilion, Kuala Lumpur telah dinaiktaraf dan berwajah baharu. Dengan ruang yang lebih besar dengan keluasan 486 kaki persegi, gedung ini menampilkan lebih banyak produk dan zon-zon yang unik untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Zon Customization

Ia menampilkan ruangan khas untuk wanita dan kanak-kanak dan juga zon customization yang pertama bagi PUMA di Asia Tenggara. Zon customization membolehkan para peminat PUMA mengubah-suai barangan PUMA dengan nombor, abjad, atau illustrasi oleh PUMA, selepas pembelian. 


Seni lukisan mural 

Ruangan di Gedung PUMA baharu ini juga diserikan oleh mural beraneka warna oleh StudioBehind90. PUMA juga melancarkan produk edisi terhad PUMA X StudioBehind90 Tee yang boleh diperolehi dengan pembelian RM700 ke atas dalam satu resit. 


Sempena Tahun Baharu Cina, peminat PUMA boleh mendapatkan promosi CNY hebat mulai 11 Januari sehingga 28 February 2021, termasuk diskaun RM 138 dengan pembelian RM 588 nett. 

PUMA Pavilion Flagship store terletak di Level 5, Lot 5.01A, Pavilion KL.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA